Posts

Mendidik hati

Entri tertangguh-tangguh Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.   Ketika membuat pemeriksaan rutin di klinik berhampiran bulan lepas, saya terpanggil untuk memikirkan perkara yang pernah Ayah katakan kepada saya dan suami beberapa bulan lalu.   Kagum dengan kebolehan semulajadi Ayah untuk mengaitkan sesuatu perkara dengan keadaan semasa juga membuatkan saya bersyukur kerana dilahirkan serta dididik oleh insan-insan yang amat berkebolehan dan istimewa seperti Emak dan Ayah.           Berdasarkan itulah juga, keresahan serta kerisauan seorang ibu berbangsa Cina berkenaan kandungannya menarik perhatian saya.  Tidak putus-putus dia bertanyakan kepada sesiapa sahaja yang duduk di sebelahnya berkenaan kandungan masing-masing.  Kebetulan ketika itu saya duduk di sebelahnya dan sudi melayan perbualannya dikeriuhan suasana di klinik tersebut.   Memandangkan ini adalah pengalaman pertama saya mengandung, banyak juga soalan yang saya a...

Sudah mula bercuti

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Memandangkan keadaan fizikal yang sudah seperti kenderaan berat yang dikehendaki menggunakan lorong perlahan di lebuhraya, saya telah mengambil keputusan untuk berehat lebih awal. Atas saranan Suami jugalah saya telah mula bercuti dari tugas untuk memastikan keadaan kesihatan saya dan kandungan berada dalam keadaan yang baik dan stabil. Jadi, selamat bercuti untuk saya! ;p Sekian dan salam hormat.

Bercerita tentang impian...

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Bila menyentuh tentang impian, saya adalah antara insan yang paling bersemangat untuk membincangkannya.  Impian membawa maksud dan pengertian yang amat mendalam kepada saya memandangkan saya begitu sinonim dengan angan-angan. ;p  Ini menjelaskan kepada perilaku saya yang suka termenung berisi (konon), dan suka menghabiskan masa menulis sesuatu di atas kertas. Kebiasaan itu juga saya pertanggungjawabkan kepada sistem pendidikan yang saya terima ketika di zaman persekolahan menengah dahulu.  Kami didedahkan dengan sistem 'Journal ' dalam subjek Bahasa Inggeris di mana setiap pelajar dikehendaki menulis luahan hati dan perasaan di dalam buku latihan.  Sebetulnya, jurnal ini adalah rahsia dan tidak boleh dikongsi dengan sesiapa melainkan guru yang mengajar subjek itu sahaja.  (Kadang-kadang, saya yang agak 'tidak makan saman' ini akan curi-curi membaca jurnal orang lain dengan sengaja-selepas dengan sengaja juga menyelongk...

Saat Mengujakan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Hati berbunga-bunga riang disulami dengan debaran memuncak persis menunggu keputusan juri mengumumkan pemenang kategori Pelakon Wanita Popular abad ini.  Kedengaran sangat merepek tetapi itulah yang sedang saya alami ketika ini. Ada denyutan jantung lain yang sedang berdegup kencang dalam perut saya yang sekarang berukuran 16cm!  Amat mengujakan! Syukur Alhamdulillah atas kurniaan Allah s.w.t ini... Tidak sabar melihat kamu lahir ke dunia ini anakku! Salam ceria dan bersedia untuk menambah berat badan dengan jayanya lagi.  Sekarang saya berjisim 65.65kg!  Juga menakjubkan! Salam hormat.

Adakah ini dilema?

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Pagi Isnin adalah saat yang amat mengecewakan dan selalu dimulai dengan perasaan yang tidak menyenangkan.  Suami sering mengeluh apabila tiba hari Isnin - kerana saya selalu menunjukkan 'muka jeruk' dan tidak suka bergurau.  Saya memandang keadaan ini sebagai sebuah dilema yang datang memang diundang dan tidak dinyatakan penyelesaian yang munasabah. (faham kah? ;p ) Terlintas juga difikiran - adakah ini disebabkan oleh anakanda yang sedang membesar di dalam rahimku ini?  Atau memang sifatku yang begitu - suka moody tidak tentu hala?  Atau... Berhenti di sini.  Saya mahu muhasabah diri. Sehingga ketemu ketenangan dan salam hormat.

Sesuatu yang indah

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Adalah sesuatu yang menakjubkan apabila mengetahui ada jantung lain yang berdegup di dalam tubuh saya.  Mengetahui bahawa ada nyawa yang telah disemai dan menunggu masa untuk dilahirkan bagi melihat dunia ini.  Keajaiban ini memang dinantikan bagi setiap pasangan suami isteri bagi melengkapkan tujuan ikatan perkahwinan.  Ini adalah benih suci hasil dari kasih-sayang kami berdua. Tiada siapa yang lebih gembira dan teruja selain dari Encik Suami apabila melihat hasil ujian air kencing yang positif menunjukkan saya hamil.  Beliaulah yang beriya-iya menyuakan kit penguji tersebut dan menunggu dengan penuh sabar di depan pintu tandas di rumah. ;p Dan dia jugalah yang beriya-iya mengajak saya ke klinik pakar sakit puan yang berhampiran dengan kediaman kami untuk mendapatkan kesahihan ujian tersebut.  Nah, kini kami sudah boleh melihat anakanda kami walaupun baru berusia 7 minggu!  Harapan kami agar ia akan berkembang ...

Projek 1: Siap dengan jaya

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Kali terakhir saya bersengkang mata adalah ketika mentelaah subjek Sejarah untuk peperiksaan SPM.  Ya, matapelajaran itu sahajalah yang membuatkan saya dengan rela hati dan redha, menupang kelopak mata yang sepet dengan sebatang kayu mancis. ;p  Betul, matapelajaran lain dan peperiksaan apa jua selain SPM dan Sejarah adalah tidak perlu bersusah-payah kerana memang lumrah bahawa saya tidak pernah ambil berat tentang mendapat markah yang tinggi di dalam peperiksaan kerana memegang erat prinsip: "Tidak semestinya orang yang skor sangat cemerlang seperti pelangi pagi selepas hujan akan sangat cemerlang dalam kehidupan dan kerjaya". Dan, kerana terlalu mengambil berat akan matlamat ingin skor cemerlang seperti 5.00 atau 28 A1 dalam peperiksaan, maka akan belajar hingga 48jam sehari.  Akhirnya, terlewat masuk ke dewan peperiksaan, lantas blank dan tidak dapat menjawab soalan peperiksaan, sehingga akhirnya menjadi kurang siuman sehingga...