Posts

Saya Suka Ini

LOVE WHAT YOU DO, OR LEAVE. Ini memang benar.  Terima kasih kepada yang pos status itu di laman Facebook  saya.

Asmara Ini - Sebutan Kes (1)

Hari-hari sebagai seorang pelajar sekolah menengah saya lalui dengan tenang dan riang.  Walaupun bukan seorang pelajar yang menonjol dari segi pelajaran dan ko-kurikulum, saya gembira bersekolah di situ.  Bersama kawan-kawan sekepala, sebulu-menjadikan hidup saya lebih bermakna. Sebagai anak remaja yang sedang meningkat naik, pelbagai aktiviti kami lakukan dan telah di cuba untuk menghilangkan kekangan kebosanan hidup di asrama.  Sebut sahaja pelbagai jenis kenakalan yang biasa di lakukan oleh remaja seperti kami seperti escape prep, keluar awal dari prep, tak turun solat tarawikh, escape bacaan Yassin, escape perhimpunan, lambat masuk kelas, keluar awal kelas, ponteng kelas, tidur waktu prep, seludup masuk Walkman, bawa seluar jeans , seludup masuk majalah hiburan, berpura-pura sakit mata untuk mendapat MC seminggu, pura-pura sakit dan tidur di bilik sakit, err.. fly malam-malam saya tak buat, dan lain-lain lagi. (Mak ai, banyak tu).  Itu belum dikira lagi d...

Asmara Ini (Bukaan Fail Kes)

  Nah.  Maka bermulalah detik-detik penceritaan kepada kisah yang saya kira ‘berani mati’ untuk ditulis di sini.  Namun, adalah menjadi hak saya untuk menulis di sini berlandaskan kebenaran supaya anak-anak saya akan kenal akan Ibunya.  Semoga mereka akan menjadikan ini pengajaran.  Ya, benar.  Ibu sangat sayangkan kamu berdua dan tidak mahu kamu mengulangi kesilapan yang telah Ibu lakukan di masa lepas. Tidak mahu terlalu formal kerana mungkin ia akan merosakkan jalan ceritanya.  Juga, nama dan sesetengah situasi harus dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Saya mula mengenal erti sayang kepada selain Pencipta, Emak, Ayah dan Adik, serta saudara-mara ketika berusia 19 tahun.  Mungkin ada yang beranggapan ianya agak lewat-tetapi itulah yang saya lalui. Saya telah di usha oleh seorang senior di sekolah ketika masih di Tahun Satu tetapi ia pastilah tidak dibalas kerana apalah yang difahami oleh seorang kanak-kanak berusia 7 tahu...

Tidak Tahu

Kadang-kadang, bila direnungkan mendalam-kisah hidup saya ini layak untuk dibukukan.  Bukan, kedengaran agak melampau.  Saya bukan sejarahwan, artis, tokoh korporat atau sesiapa. Tetapi.  Saya mahu menjadikan ia sebagai rujukan anak-anak. Bagaimana harus dimulakan?

Israq Kesayangan

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Mengenangkan anak bujang saya nan seorang ini, membuatkan saya tersenyum sendiri. Israq sudah berusia 3 tahun, tetapi pertuturannya agak pelat berbanding kakaknya Si Haya yang tidak ketara ke-pelatan-nya sewaktu seusia dengannya. Ini adalah perkataan-perkataannya yang mencuit hati: 1. abah-abah - labah-labah 2. jentoyak - jentolak 3. umbor-umbor - semburan nyamuk berjenama "Rid***t 4. otoi adik dah ecah..-botol adik dah pecah.. 5. ali alitor - alligator 6. apang-senapang 7. itoy - pistol Nampak tak?  Kalau Si Haya dulu, perkataannya semua bersifat keperempuanan.  Lihat Si Israq.  Penuh keganasan.

Mengenal Jari

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Saya menjumpai kenyataan ini di laman sesawang.  Tiada apa-apa komen yang spesifik. Lihat jari, berfikir.  Indah ciptaan Allah s.w.t. Tipe A-Tangan kiri Orang dengan jari manis lebih panjang daripada jari telunjuk diketahui memiliki pribadi yang baik secara penampilan. Mereka sangat menarik, punya ketegasan, agresif, serta pengambil keputusan yang baik meskipun berhadapan dengan risiko besar. Kebanyakan dari orang ini memiliki profesi sebagai tentara atau insinyur. Para ilmuwan telah menemukan bahwa orang dengan jari manis lebih panjang memperoleh lebih banyak hal daripada mereka yang memiliki jari manis lebih pendek. Sekian.

Asrama Oh Asmara (Eh?)

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Saya dan arwah Adik menghabiskan sebahagian masa remaja di asrama.  Di sekolah menengah dan universiti. Kali ini saya ingin mengupas dan membelah-belah, seterusnya memakan-makan semua kenangan semasa di asrama dahulu.  (Banyak tahun giler ni, tahu..) lol Sejujurnya, saya tidak tahu pun apa itu asrama serta kehidupan di asrama sehinggalah saya di terima masuk ke Sekolah Tuanku Jaafar/Sekolah Menengah (Sains) Tuanku Jaafar di Kuala Pilah. Keterujaan itu memang sudah lama bersarang dalam hati kerana setiap kali peperiksaan di sekolah rendah, Ayah akan mengingatkan saya tentang kehebatan sekolah gomen (atau sekolah kerajaan/ government ).  Tambahan pula, kebanyakan daripada sepupu, saudara-mara saya, termasuklah beberapa orang di kampung kami merupakan pelajar atau bekas pelajar sekolah tersebut. Cuba bayangkan betapa hebatnya sekolah itu sehinggakan saya tidak mahu menerima tawaran dari mana-mana sekolah melainkan se...