Posts

Cik Siti Jinbara (Maaf, saya tukarkan ia)

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Jarang sekali saya menonton drama tempatan yang berkisarkan mitos Melayu sejak kebelakangan ini di kaca televisyen tempatan  Sementelah hanya garapan cerita Melayu moden dan bersifat fantasi hasil adaptasi dari novel cinta yang melambung ke awan masih mendominasi kebanyakan slot drama di syarikat penyiaran di negara ini. Terpanggil untuk menonton tele movie di malam minggu lepas kerana pelakon utamanya adalah Izara Aishah; juga amat jarang saya lihat lakonannya di kaca televisyen, membuka fikiran saya tentang kewujudan kisah Cik Siti J****g yang di khabarkan mempunyai 99 orang suami. Berdasarkan drama tersebut, Siti di gambarkan sebagai seorang gadis desa yang cantik rupawan dan di cemburui kecantikannya oleh ramai orang.  Di pelihara oleh orang kaya dan bangsawan, di khabarkan mempunyai harta separuh dari kampungnya tersebut. Siti menemui Nenek Kebayan yang tinggal di hutan untuk merawat wajahnya yang hodoh (saya tidak...

#namagelarankuberiyangmasihrelevan

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Ketika saya menulis di belog ini, saya baru sahaja selesai menyapu sawang di ceruk si kuali yang menangis ini. Ketika memandu ke pejabat pagi Jumaat yang berbahagia ini, saya terkenangkan tentang ketidakboleh upayaan saya mengingati nama individu yang saya temui, sejak seawal umur remaja lagi. (Ini menjelaskan kenapa saya tidak cemerlang dalam matapelajaran Sejarah di bangku sekolah dahulu!) Kecenderungan (mungkin kecacatan) ini saya sedari ketika saya gagal mengingati nama individu yang telah berpesan salam kepada Emak dan Ayah saya ketika bertembung di jalanan sewaktu pulang dari sekolah. Sekolah rendah. Sekolah menengah. Err..juga sehingga kini! :p Antara nama gelaran terawal yang saya berikan ialah: 1. Atuk Tea (disebut tear- koyak) kerana datuk tersebut ada iras seperti Allahyarham Mahmud June yang ketika itu berada dalam iklah teh Lipton.  Jadi, secara automatik, isterinya juga diberi gelaran Uwan Tok Tea..haha...

Sawang

Salam hormat semuanya.. Saya sedang membersihkan sawang.

Tidak Pernah...

Tidak pernah saya rasa sebuntu ini. Tidak pernah saya rasa ralat begini.. Tuhanku, Moga dipermudahkan.

Hidup Ini Umpama Sebuah Kuliah Universiti

Anak dara saya Haya akan berusia 5 tahun pada tahun ini.  Semakin hari semakin bijak dan sudah terlihat kecenderungannya sekarang.  Seawal usia itu dia sudah saya hantar ke pra-sekolah di kampung.  Anak manja saya, Israq bakal menginjak umur 4 tahun tidak terlalu lama lagi.  Mulutnya petah berkata-kata walau masih kedengaran pelat di sana-sini.  Sudah di hantar ke sekolah Tabika oleh Atuk walau sudah jua di suruh balik oleh Cikgu Girl nya kerana masih terlalu awal usianya untuk ke sekolah. Terasa amat bahagia melihat anak-anak membesar di hadapan mata. Jika dulu, saya pasti tidak menang tangan menguruskan anak-anak yang sedang meningkat usia ini, memandangkan tiada kehadiran Daddy-nya bersama.  Namun kini, semua itu sudah terisi sejak Daddy pulang. Rupa-rupanya, masih banyak kelemahan dalam mendidik anak-anak yang masih perlu saya perbaiki.  Amat berbeza pendekatan yang cuba saya terapkan berbanding cara Suami mendidik anak-anak mengikut...

Saat Itu Makin Hampir

Semakin di hitung hari-hari mendatang, terasa semakin hampir hari itu akan tiba. Galau hati mengenangkan ia. Resah hati memikirkan kemungkinan yang akan berlaku. Jika orang lain, mungkin ia tidak akan menjadi nanah.  Tapi bagi saya, ia sesuatu yang bukan mudah untuk dihadapi.  Hati saya terlalu rapuh untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.  Hati berdarah mengenangkan segala yang akan ditinggalkan di belakang.  Segala yang ada di sini akan saya tinggalkan.  Biar ia bersifat sementara, namun ia tetap meruntun jiwa saya. Segalanya. Akan ditinggalkan demi mengejar masa depan yang direncanakan. Segalanya. Akan menjadi kenangan yang paling berharga dalam hidup saya. Semuanya. Akan kekal dalam lipatan memori saya yang tidak akan terpadam hingga ke hujung nyawa. Tinggallah batu nisan insan-insan yang saya sayangi di sini. Tinggallah Ayah dan Emak yang amat saya sayangi dan kasihi. Tinggallah sahabat-sahabat yang selal...

Lagu Kita

Deras hati ku berdetar Dilangit aku terlihat kamu Terang malam teman kita Dengan angin meniup sayu... Ku petik gitar akustik ini Dengan harapan dia mendengar Melodi indah yang ku cipta Hanya untuk luahkan rinduku padanya... Dan aku terus menyanyi lagu ini untuk mu. Walau berjuta mendengar lagu ini hanya untuk mu Arah hidup kita terkapar bintang di angkasa Berkelip melukis cinta, tercipta lah lagu kita. Tercipta lah lagu kita...