Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua. Anak-anak ibu, juga sudah menginjak satu tahun umurnya. Bersekolah seperti biasa. Semakin panjang akalnya. Seperti biasa, azam baru tidak akan saya perbaharui ketika ini (hahaha) kerana saya berazam hampir setiap hari. Azam-azam saya kecil sahaja. Seperti mahu menyiapkan dokumen sebutharga dengan sepantas mungkin. Baiklah. Harus berundur sekarang kerana saya ingin memenuhi tuntutan azam saya sekarang! Mahu di hantar sebelum 10hb. Januari. Hingga ketemu lagi. Salam hormat.
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Cuaca tidak menyebelahi saya nampaknya. Demam, batuk dan selsema setelah enam hari berkampung di hutan. Kini baru ada semangat untuk bekerja. (Eh?) Hahaha. Nampaknya, bulan Mac dan April merupakan bulan yang amat sibuk untuk saya. Banyak tugasan hakiki yang harus diselesaikan. Begitu juga dengan tugas-tugas baharu yang harus di titik beratkan. Anak-anak juga turut sibuk dengan sukan, aktiviti sekolah, membuat sibuk di kem Pak Teh dan sebagainya. Selama enam hari saya menyiapkan diri untuk langkah yang seterusnya dalam bidang keusahawanan. Tidak merancang pun untuk bergelar usahawan kerana perasaan yang tidak begitu yakin akan kemampuan diri. Maka, berkampunglah saya selama enam hari bagi menggali kelebihan dan kekurangan diri. Rupa-rupanya, saya memiliki ciri-ciri untuk menjadi usahawan yang berjaya membayar zakat sebanyak RM250k setahun itu! Sungguh. Mereka kata saya berpotensi. Harus...
Assalamualaikum w.b.t dan salam Muhibbah. (Eh, tukar? Hahaha) Rasanya baru semalam saya melompat-lompat kegembiraan apabila melihat percikan bunga api di malam tahun baru, alih-alih bila melihat kalendar kuda di dinding-sudah Febuari pula! Ke mana pergi memori Januari saya pun, saya tidak tahu. Hahahaha. Baik. Mari kita bercerita tentang bulan Febuari yang penuh bunga-bungaan ini. Walaupun saya bukanlah pemuja bunga-bungaan, namun saya juga mempunyai bunga kesukaan iaitu Tulip. Sekuntum Tulip tidak bermakna apa-apa kepada saya, melainkan sejambak 1000 kuntum atau seladang luas mata memandang! Kahkahkah. (Bercita-cita mahu memiliki berhektar ladang bunga Tulip pelbagai warna bila sudah bersara nanti. Hihihi) Bunga mawar, sila layu. Hahahah. Bagi saya bulan Febuari adalah bulan yang saya ingati dalam bulan-bulan lain dalam tahun Masehi ini; selain April, Ogos, September dan Oktober. Bulan-bulan tersebut adalah bulan-bulan kelahiran ahli keluarga saya ...
Comments
Post a Comment