Posts

Showing posts from April, 2017

Langkah Keberanian

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Cuaca tidak menyebelahi saya nampaknya.  Demam, batuk dan selsema setelah enam hari berkampung di hutan.  Kini baru ada semangat untuk bekerja. (Eh?) Hahaha. Nampaknya, bulan Mac dan April merupakan bulan yang amat sibuk untuk saya. Banyak tugasan hakiki yang harus diselesaikan.   Begitu juga dengan tugas-tugas baharu yang harus di titik beratkan. Anak-anak juga turut sibuk dengan sukan, aktiviti sekolah, membuat sibuk di kem Pak Teh dan sebagainya. Selama enam hari saya menyiapkan diri untuk langkah yang seterusnya dalam bidang keusahawanan. Tidak merancang pun untuk bergelar usahawan kerana perasaan yang tidak begitu yakin akan kemampuan diri. Maka, berkampunglah saya selama enam hari bagi menggali kelebihan dan kekurangan diri. Rupa-rupanya, saya memiliki ciri-ciri untuk menjadi usahawan yang berjaya membayar zakat sebanyak RM250k setahun itu! Sungguh. Mereka kata saya berpotensi. Harus di gilap dan