Posts

Showing posts from July, 2011

Mendidik hati

Entri tertangguh-tangguh Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.   Ketika membuat pemeriksaan rutin di klinik berhampiran bulan lepas, saya terpanggil untuk memikirkan perkara yang pernah Ayah katakan kepada saya dan suami beberapa bulan lalu.   Kagum dengan kebolehan semulajadi Ayah untuk mengaitkan sesuatu perkara dengan keadaan semasa juga membuatkan saya bersyukur kerana dilahirkan serta dididik oleh insan-insan yang amat berkebolehan dan istimewa seperti Emak dan Ayah.           Berdasarkan itulah juga, keresahan serta kerisauan seorang ibu berbangsa Cina berkenaan kandungannya menarik perhatian saya.  Tidak putus-putus dia bertanyakan kepada sesiapa sahaja yang duduk di sebelahnya berkenaan kandungan masing-masing.  Kebetulan ketika itu saya duduk di sebelahnya dan sudi melayan perbualannya dikeriuhan suasana di klinik tersebut.   Memandangkan ini adalah pengalaman pertama saya mengandung, banyak juga soalan yang saya ajukan padanya yang kali kedua melalui pengalaman mengandung

Sudah mula bercuti

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Memandangkan keadaan fizikal yang sudah seperti kenderaan berat yang dikehendaki menggunakan lorong perlahan di lebuhraya, saya telah mengambil keputusan untuk berehat lebih awal. Atas saranan Suami jugalah saya telah mula bercuti dari tugas untuk memastikan keadaan kesihatan saya dan kandungan berada dalam keadaan yang baik dan stabil. Jadi, selamat bercuti untuk saya! ;p Sekian dan salam hormat.