Posts

Showing posts from January, 2011

Adakah ini dilema?

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Pagi Isnin adalah saat yang amat mengecewakan dan selalu dimulai dengan perasaan yang tidak menyenangkan.  Suami sering mengeluh apabila tiba hari Isnin - kerana saya selalu menunjukkan 'muka jeruk' dan tidak suka bergurau.  Saya memandang keadaan ini sebagai sebuah dilema yang datang memang diundang dan tidak dinyatakan penyelesaian yang munasabah. (faham kah? ;p ) Terlintas juga difikiran - adakah ini disebabkan oleh anakanda yang sedang membesar di dalam rahimku ini?  Atau memang sifatku yang begitu - suka moody tidak tentu hala?  Atau... Berhenti di sini.  Saya mahu muhasabah diri. Sehingga ketemu ketenangan dan salam hormat.

Sesuatu yang indah

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Adalah sesuatu yang menakjubkan apabila mengetahui ada jantung lain yang berdegup di dalam tubuh saya.  Mengetahui bahawa ada nyawa yang telah disemai dan menunggu masa untuk dilahirkan bagi melihat dunia ini.  Keajaiban ini memang dinantikan bagi setiap pasangan suami isteri bagi melengkapkan tujuan ikatan perkahwinan.  Ini adalah benih suci hasil dari kasih-sayang kami berdua. Tiada siapa yang lebih gembira dan teruja selain dari Encik Suami apabila melihat hasil ujian air kencing yang positif menunjukkan saya hamil.  Beliaulah yang beriya-iya menyuakan kit penguji tersebut dan menunggu dengan penuh sabar di depan pintu tandas di rumah. ;p Dan dia jugalah yang beriya-iya mengajak saya ke klinik pakar sakit puan yang berhampiran dengan kediaman kami untuk mendapatkan kesahihan ujian tersebut.  Nah, kini kami sudah boleh melihat anakanda kami walaupun baru berusia 7 minggu!  Harapan kami agar ia akan berkembang dan membesar dengan sihat dan