Posts

Showing posts from September, 2015

Mengenal Jari

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Saya menjumpai kenyataan ini di laman sesawang.  Tiada apa-apa komen yang spesifik. Lihat jari, berfikir.  Indah ciptaan Allah s.w.t. Tipe A-Tangan kiri Orang dengan jari manis lebih panjang daripada jari telunjuk diketahui memiliki pribadi yang baik secara penampilan. Mereka sangat menarik, punya ketegasan, agresif, serta pengambil keputusan yang baik meskipun berhadapan dengan risiko besar. Kebanyakan dari orang ini memiliki profesi sebagai tentara atau insinyur. Para ilmuwan telah menemukan bahwa orang dengan jari manis lebih panjang memperoleh lebih banyak hal daripada mereka yang memiliki jari manis lebih pendek. Sekian.

Asrama Oh Asmara (Eh?)

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Saya dan arwah Adik menghabiskan sebahagian masa remaja di asrama.  Di sekolah menengah dan universiti. Kali ini saya ingin mengupas dan membelah-belah, seterusnya memakan-makan semua kenangan semasa di asrama dahulu.  (Banyak tahun giler ni, tahu..) lol Sejujurnya, saya tidak tahu pun apa itu asrama serta kehidupan di asrama sehinggalah saya di terima masuk ke Sekolah Tuanku Jaafar/Sekolah Menengah (Sains) Tuanku Jaafar di Kuala Pilah. Keterujaan itu memang sudah lama bersarang dalam hati kerana setiap kali peperiksaan di sekolah rendah, Ayah akan mengingatkan saya tentang kehebatan sekolah gomen (atau sekolah kerajaan/ government ).  Tambahan pula, kebanyakan daripada sepupu, saudara-mara saya, termasuklah beberapa orang di kampung kami merupakan pelajar atau bekas pelajar sekolah tersebut. Cuba bayangkan betapa hebatnya sekolah itu sehinggakan saya tidak mahu menerima tawaran dari mana-mana sekolah melainkan sekolah itu! C

Ditempat Baru (Lagi)

Tidak seperti orang lain yang mungkin suka bertukar-tukar baju, bertukar-ganti kasut, tas tangan, gincu, pencuci muka (hah?), mahupun pasangan (err…); saya suka bertukar-ganti kerja! (Pulak) Memandangkan ketua jabatan di tempat saya bekerja tiada di pejabat hari ini, (mungkin dia membeli-belah sempena Aidil Adha esok)(oh, tidak mungkin.  Dia berbangsa Tionghua) saya berasa amat lapang untuk menghitung-kira jumlah majikan yang pernah saya berkhidmat sejak mula bekerja dari tahun 1996. (Tolong jangan mula mencongak umur saya) Secara tidak rasmi, saya telah bekerja dengan dua belas majikan.  Ya, anda tidak tersalah baca, atau saya tersilap tulis. Mari lihat senarai di bawah. 1.       Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris – Guru Sandaran 2.       NR Talang Enterprise (Shell) – Juruwang merangkap atendan pam (hijau ka..kuning ka..) lol 3.       Solartech – Kerani Operasi 4.       Merge Housing Berhad – Kerani Pemasaran, Eksekutif Muda (Junior) Pentadbiran (geli pula hendak menuli

Tragedi Febuari

Salam. Ketentuan Allah, tiada siapa boleh menghalang. Tanggal 1hb. Febuari 2015, anggaran masa 1630, satu musibah telah menimpa keluarga kami. Mahligai yang telah lama kami diami turun-temurun telah hangus dijilat api. Kami sekeluarga ketika itu tiada di rumah kerana melawat jiran di hospital, tiba ketika api sudah membakar semua struktur rumah pusaka yang di bina hampir 60 tahun yang lalu. Luluh hati melihat tiada apa harta yang terselamat, namun bersyukur kami selamat dan terhindar dari sebarang kecederaan akibat musibah tersebut. Kami hanya tinggal sehelai sepinggang. Namun, kami akur kerana rahmat Allah itu sentiasa bersama insan yang lemah dan redha atas setiap perkara yang berlaku. Kami mungkin kehilangan harta benda hiasan duniawi, namun kami amat bersyukur kerana kami masih punya nyawa yang paling berharga untuk terus hidup, beribadah, berbakti kepada semua. Di sebalik musibah itu, Allah turunkan seribu rahmat-Nya kepada kami. Kami masi

Kembali (Oh, yeahhhh!)

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat semua. Saya sudah kembali.  Ya, setelah sekian lama meninggalkan ruangan ini kerana pelbagai kekangan. Definasi ‘kembali’ juga ditafsirkan dalam pelbagai bentuk: 1.        Kembali menjengah (laman ini) 2.        Kembali bertugas (setelah hampir 5 bulan menjadi penanam anggur tak Berjaya-sebab tidak menanam pun) 3.        Kembali menjalani kehidupan berdikari-yang selama ini juga tetap berdikari (tidak mahu mengulas lanjut) 4.        Kembali bertenaga (kerana selama ini tidak menjumpai minuman pencetus tenaga yang sesuai!) Ini tidak benar.  Langsung. 5.        Kembali gemuk!  Ini memang tidak di idamkan sama sekali.  Penanda aras-ukur lilit pinggang sendiri-apabila celana semakin ketat dan tidak perlu bertali pinggang.  Oh tidak!!! 6.        Kembali ke dapur.  Ini bermaksud, bukan selama ini saya tidak menjengah dapur, tetapi lebih kerap kerana beberapa faktor: a.        Ayah tidak sihat kebelakangan ini, maka Emak