Posts

Showing posts from November, 2016

Cik Siti Jinbara (Maaf, saya tukarkan ia)

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Jarang sekali saya menonton drama tempatan yang berkisarkan mitos Melayu sejak kebelakangan ini di kaca televisyen tempatan  Sementelah hanya garapan cerita Melayu moden dan bersifat fantasi hasil adaptasi dari novel cinta yang melambung ke awan masih mendominasi kebanyakan slot drama di syarikat penyiaran di negara ini. Terpanggil untuk menonton tele movie di malam minggu lepas kerana pelakon utamanya adalah Izara Aishah; juga amat jarang saya lihat lakonannya di kaca televisyen, membuka fikiran saya tentang kewujudan kisah Cik Siti J****g yang di khabarkan mempunyai 99 orang suami. Berdasarkan drama tersebut, Siti di gambarkan sebagai seorang gadis desa yang cantik rupawan dan di cemburui kecantikannya oleh ramai orang.  Di pelihara oleh orang kaya dan bangsawan, di khabarkan mempunyai harta separuh dari kampungnya tersebut. Siti menemui Nenek Kebayan yang tinggal di hutan untuk merawat wajahnya yang hodoh (saya tidak berpelua