Posts

Showing posts from 2010

Projek 1: Siap dengan jaya

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Kali terakhir saya bersengkang mata adalah ketika mentelaah subjek Sejarah untuk peperiksaan SPM.  Ya, matapelajaran itu sahajalah yang membuatkan saya dengan rela hati dan redha, menupang kelopak mata yang sepet dengan sebatang kayu mancis. ;p  Betul, matapelajaran lain dan peperiksaan apa jua selain SPM dan Sejarah adalah tidak perlu bersusah-payah kerana memang lumrah bahawa saya tidak pernah ambil berat tentang mendapat markah yang tinggi di dalam peperiksaan kerana memegang erat prinsip: "Tidak semestinya orang yang skor sangat cemerlang seperti pelangi pagi selepas hujan akan sangat cemerlang dalam kehidupan dan kerjaya". Dan, kerana terlalu mengambil berat akan matlamat ingin skor cemerlang seperti 5.00 atau 28 A1 dalam peperiksaan, maka akan belajar hingga 48jam sehari.  Akhirnya, terlewat masuk ke dewan peperiksaan, lantas blank dan tidak dapat menjawab soalan peperiksaan, sehingga akhirnya menjadi kurang siuman sehingga san

Saya ada projek baru

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Perancangan untuk projek di atas telah dicadangkan sejak tahun 2008 lagi.  Kertas cadangannya juga telah berhabuk dan menunggu masa untuk dimakan hari.  Kegagalan saya untuk melaksanakan projek itu adalah kerana faktor-faktor klise  yang biasa diberi hampir setiap individu apabila ditanya mengapa.  Jadi, tidak perlulah saya menjelaskan dengan lebih panjang berjela di sini. ;p Kita mulakan dengan sedikit rentetan sejarah projek ini.  Asasnya, Emak telah menyatakan hasratnya itu sejak saya dibangku sekolah menengah lagi.  Namun, saya kerap-kali tidak mengendahkannya kerana terpengaruh dengan kata-kata Ayah di mana jari saya hanya digunakan untuk menaip dan kerja-kerja ringan sahaja. (dasar mengada-ada) ;p  Maka, harapan Emak itu hanya tinggal kenangan.  Sebenarnya, di samping kebolehan memasak makanan yang enak-enak belaka, Emak sangat pandai dalam kerja-kerja tangan yang lazimnya dilakukan oleh wanita-wanita Melayu terakhir di kampung.  Emak san

Ini hobi saya yang terlihat nyata - MAKAN

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Semua rakan taulan, saudara-mara serta orang yang melihat keadaan fizikal saya pasti sudah maklum apakah kecenderungan saya.  Ya, benar.  Kegilaan saya terhadap makanan.  Sebelum berumah tangga, kecenderungan saya ini kelihatan amat ketara.  Saya akan sentiasa memikirkan apa yang akan dijamah untuk makan tengahari walaupun selepas 5 minit menikmati sarapan pagi!  Saya juga kerap merancang aktiviti cuti dengan merangka destinasi makanan yang belum pernah dicuba. Namun, ia berubah selepas hidup berumah tangga.  Tetapi, ia berubah menjadi semakin menggila apabila suami mempunyai hobi yang semakin menggalakkan saya untuk makan iaitu hobi memasak makanan yang teringin dimakan isteri !  Lihat, semakin mengujakan bukan? ;p Namun, sayang sekali kerana kami bukanlah pakar memasak atau berkebolehan menulis buku resepi masakan.  Bahan-bahan masakan kami tidak mengikut sukatan yang standard.   Cara memasak kami mengikut keselesaan kami ketika di dapur

Saya cinta keamanan

Assalamualaikum w.b.t Salam 1Malaysia. (wah, patriotik! ;p) Saya tidak bersetuju dengan tajuk di atas (kenapa tiba-tiba sahaja?).  Tetapi, ia bukanlah bermaksud selama ini saya tidak cintakan keamanan (oohhh...).  Ia juga tidak bersangkut-paut dengan isu panas yang melanda negara kita sekarang.  Tidak juga menggangu-gugat semangat kemerdekaan negara kita yang telah 53 tahun bebas dari penjajahan fizikal British. Apatah lagi memporak-perandakan suasana keamanan yang dinikmati oleh majikan saya yang sedang tekun memuat-turun filem terbaru dalam format blue-ray itu (perlukah dinyatakan juga? ;p ).  Betul, tiada niat langsung untuk menulis tentang isu keamanan - sementelah ia kelihatan seperti tajuk karangan peperiksaan ujian kelayakan PTD yang jika boleh tidak mahu saya diduduki itu. (oh, minta maaf kepada Tuan-tuan PTD sekalian - anda memang hebat kerana telah lulus ujian itu! ;p ). Dari sudut pandang seorang insan kerdil (yang bertubuh besar) ini, keamanan membawa maksud yang kli

Merendah juga meninggi

A ssalamualaikum w.b.t Salam hormat dan salam sejahtera. Pernyataan (atau 'kenyataan'?) di atas membuatkan saya terfikir akan kebenarannya (awal-awal lagi sudah menunjukkan Bahasa Jiwa Bangsa yang tunggang langgang ;p ).  Ini tiada kaitan dengan keadaan fizikal saya yang meninggi semasa kecil (berdiri paling belakang dalam barisan perhimpunan sekolah) dan merendah ketika ini (kerana anak-anak buah lebih tinggi dan besar dari saya ;p ).  Juga tiada kaitan dengan tangga gaji dan pendapatan saya ketika ini ;p .  Ia lebih kepada kesedaran diri tentang maksud yang tersurat dan tersirat dalam kenyataan tersebut (oh, bukan ter-sirap - rona wajah yg memerah seperti air sirap ais yang sangat sedap dinikmati ketika cuaca panas).  Ya, saya sangat sedar bahawa 70% daripada ayat di perenggan ini kelihatan berunsur 'macam- tak-mahu- berkata- dengan- serius'. Apa yang ingin saya katakan dalam sessi penulisan kali ini adalah lebih kepada menyentuh tentang perkara yang selalu saya l

fasa baru dalam kehidupan

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Pasar baru dalam kehidupan saya ialah Pasar Sungai Besi (eh, apa merepek?) Selama 32 tahun hidup saya ini, pelbagai peringkat dan pengalaman telah dilalui.  Bermula dari saat dilahirkan hingga ke hari ini, saya berasa amat bersyukur kerana dikurniakan kesempurnaan fizikal dan mental serta menjalani hidup yang menyenangkan. Saya pasti, semua manusia dan makhluk di muka bumi ini juga mempunyai lakaran lukisan kehidupan yang sama walaupun jalan cerita yang mungkin berbeza. (Tuan-tuan dan puan-puan, sila pastikan anda berada dalam keadaan selesa dan memegang pen merah untuk menanda kesalahan tatabahasa ketika membaca karangan berbentuk biografi untuk Kertas Dua bagi matapelajaran Bahasa Melayu untuk Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2010). Pada pandangan peribadi saya, fasa kehidupan yang bakal saya tempuhi tidak lama lagi adalah saya kira yang paling mencabar sekali.  Sejak dari awal perkenalan saya dan bakal suami, kami telah lalui

selamat hari guru -> edisi tren terlewat sbb sangkut kat area titiwangsa (agaknya)

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia.  Dalam kesuraman cahaya lampu di opis (kerana terbakar sebab lama tidak tutup ;P ) tiba-tiba saya terkenang kepada zaman persekolahan saya dalam era 1980-an dahulu.  Ya, di mana zaman rock kapak sedang mula mengembangkan sayapnya - justeru kemunculan Kumpulan Wings bersama Awie yang tidak nampak ganas seperti sekarang ;P.   Tulisan kali ini juga disokong dengan kesungguhan anak buah (Al-Ammar Harith) dengan aksi yang sangat comel (bersama giginya yang telah hilang sebatang akibat dicuri oleh tooth fairy ) bercerita tentang pasukan bolasepak guru sesi petang sekolahnya yang kalah dalam pertandingan menentang pasukan guru sesi pagi. Saya mula mengenal sekolah alam persekolahan ketika seawal umur 5 tahun - ketika saya mula mengikut @ membontoti kakak sepupu saya ( mummy Al-Ammar Harith) untuk ke sekolah.  Agak mengecewakan pada mulanya kerana saya enggan diterima kerana masih belum cukup umur.  (Alat mengukur kelayak

kisah saya dan adik

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Hati dan jari yang diikuti dengan pertimbangan akal, rasa terpanggil untuk merungkai kisah hidup saya bersama saudara kandung yang paling saya sayangi selamanya-adik saya yang bernama Muhammad Jan.  Kalau diikutkan rasa, tak mahu saya menghebahkan dan menulis tentang dia di dalam blog ini memandangkan dia seorang yang pemalu (hah?) dan tidak suka orang memperkatakan tentang dirinya. (Untuk perhatian, ini bukan cakap belakang tahu adik..ini tulis depan-depan ;P). Memandangkan hanya dia sahaja yang akan membaca tulisan ini, menambahkan lagi semangat dan keterujaan saya untuk menulis makalah yang panjang berjela tentang dia! ;P Kalau tidak kerana adik, mungkin saya akan menjadi seorang anak tunggal (atau tunggul-yang apabila tersepak akan berdarah ibu jari ;P).  Kalau tidak kerana adik juga, tiada siapa yang boleh saya buli semasa kecil.. ;P.  Sudah lebih dua dekad saya membesar bersamanya.  Semua perkara dilakukan bersama-sama.  Hinggakan ayah me

kisah syurgaku

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Saya digambarkan sebagai seorang yang mudah mesra, peramah dan lebih kepada kepala angin (?).  Namun, sangat sedikit di kalangan orang-orang yang mengenali saya, betul-betul memahami saya.  Tidak siapa yang tahu (sekarang mungkin ada yang tahu) bahawa saya suka menulis.  Sedari umur 14 tahun, saya sudah mula berjinak-jinak untuk menulis.  Namun, ia terhad kepada penulisan bebas dan boleh dikatakan agak tunggang langgang dan mengikut kata hati sepenuhnya.  Saya menulis untuk diri sendiri.  Kepuasan datang apabila pena berada dalam genggaman jemari saya.  Walau karya itu hanyalah sepotong ayat, namun ia cukup untuk menggambarkan situasi saya ketika itu.  Tulisan saya tidak disiarkan di mana-mana atau dibaca oleh umum.  Karya saya adalah cetusan diari kehidupan peribadi saya.  Kepuasan saya adalah apabila saya membacanya semula.  Saya belajar juga dari penulisan yang lalu.  Saya dewasa bersamanya.  Namun, peradaban manusia dan teknologi yang kia

kisah halimah jongang

Assalamualaikum dan salam hormat. Adalah sesuatu yang sangat menyakitkan hati apabila diejek dengan panggilan yang tidak enak berdasarkan kelebihan atau kekurangan yang kita miliki.  Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan fizikal di mana ia akan amat jelas dan senang kelihatan oleh mata kasar.  Mungkin sudah adat manusia yang amat tertarik untuk melihat kekurangan selain kelebihan setiap perkara, lantas menjadikan ia satu bahan hiburan tanpa menyedari kesan dari perbuatan tersebut kepada individu yang terlibat. Saya tertarik dengan isu kepada satu drama bersiri tempatan ketika ini iaitu 'Halimah Jongang - The Series' yang disiarkan di saluran televisyen berbayar negara.  Tajuknya amat ketara menunjukkan apakah plot drama yang akan disajikan kepada penonton yang berminat menonton siri tersebut. Saya rasa ini bukanlah kali pertama dalam arena filem atau drama di negara kita memaparkan realiti kehidupan golongan yang istimewa seperti itu.  Dan bukan kali pertama juga drama yang

warna-warna meriangkan

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Kali ini saya tidak mahu membuatkan anda menyesal membaca tulisan saya kerana hari ini merupakan hari yang kurang baik buat saya - justeru, saya hilang keupayaan untuk berfikir dan meluahkan ide yang menghiburkan di paparan kali ini. Justeru, saya hanya ingin berkongsi dengan anda tentang event yang akan berlangsung pada minggu hadapan iaitu Fiesta Belon Udara Panas 2010 di Putrajaya.  Gambar-gambar di bawah merupakan antara peserta dari negara-negara yang menyertai fiesta tersebut.  Sila lihat dan hayati warna-warna keriangan yang akan berada di Putrajaya pada 18 - 21 Mac akan datang... ini adalah dari peserta tuan rumah - Malaysia saya pasti akan mencari belon ini nanti ;P juga yang ini dari negara Jepun yang ceria Germany New Zealand Poland... ...dan Switzerland Oleh itu, saya harap anda gembira dan tidak sabar rasanya untuk melihat langit Putrajaya dihiasi dengan warna-warna cemerlang dan meriangkan... Harap cuaca yang baik

rahsia air tangan

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. "Walaupun mak goreng telur mata aje, tapi rasanya macam ayam belanda panggang yang diperap 24 jam dengan rempah ratus berkualiti untuk hari Thanksgiving la..pelik la.  Apa resepi mak pakai?" Soalan saya dibalas dengan 'jelingan manja' emak.  Mungkin dalam hatinya berkata - Buang tebiat ke anak aku ni?.  " Alah, cakap je la malas masak.  Kenapa tak cakap air kosong mak tu rasa choco ice blended ?" ;P  Ya, saya amat bersetuju dengan jawapan jujur emak.  Benar, air tangan seorang ibu itu amat berkat.  Ini terbukti apabila kaki saya menjejak sahaja di laman rumah emak, tanpa menoleh kiri dan kanan; fokus utama saya adalah gobok (dalam erti kata lain - almari) makanan di dapur!  Saya tidak pernah muak dengan masakan emak dan ayah.  Walaupun yang terhidang di depan mata hanya ikan bilis goreng-saya tidak nafikan perasaannya memang umpama biawak mendapat sebakul telur ayam kampung. (wah, awas Encik Karam Singh Wal

hadiah kasih sayang

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Seorang sahabat bersungguh-sungguh mengaturkan pertemuan saya dengannya pada minggu lepas, setelah bertahun kami tidak bertemu. Berikutan jadual waktu saya yang padat, ditambah pula dengan janji saya dengan si dia untuk menaja makan tengahari beliau sepanjang Febuari ini - membuatkan saya semakin hampir tidak berpeluang untuk memperuntukkan sedikit masa untuk sahabat lama saya itu. Akhirnya, saya mengalah setelah beliau bersusah-payah datang ke pejabat dan membuatkan majikan saya terpukau dengan keanggunannya - saya mengalah jua dan berlakulah drama sebabak yang membuatkan saya menitiskan air mata kesyahduan mendengar kisah pilu yang melanda beliau. (ya, saya seorang yang keras hati dan garang..tetapi dalam hati ada taman, tahu? ;P ) Pertemuan kami itu berlangsung selama lebih kurang 3 jam di Starbuck Coffee (maaf boss.... ;P ) dan banyak yang saya pelajari daripada sahabat saya itu. Pengalaman hidupnya yang getir serta kepayahan beliau menyu

D'Kok Eco Camp

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Oh, saya sangat suka kepada gambar ikan ini! (tiba-tiba....) Ikan-ikan ini adalah hasil tangkapan di kolam ikan di chalet keluarga ( D'Kok Eco Camp ) di kampung. lihatlah siripnya yang masih merah itu. sangat segar bukan? Cuba anda teka, berapa besarkah ikan tersebut? ya, ikan yang kedua dari kanan itu (saya terlupa namanya ;P ) adalah lebih kurang sebesar lengan saya (lengan saya besar, tahu? ). memang boleh dijangka ia akan membesar sebegitu rupa kerana saiz kolam yang menjadi habitatnya juga bersaiz sebuah padang bola-menjadikan ikan-ikan tersebut hidup dengan riang dan gembira, lantas membesar dengan sihat. (seperti saya) Bagi penggemar ikan air tawar (sama ada pemancing atau pemakan ikan), anda dipelawa untuk datang menimba pengalaman memancing, menjala, berkayak dan berenang di kolam tersebut. Tidak percaya akan berita canangan saya? lihatlah gambar di sebelah.. ini ialah En. Zul @ Andah. sebenarnya, Andah masih tidak puas hati kerana