Posts

Showing posts from 2015

Azam

Tahun baru akan menjelang. Saya hanya ada satu azam sejak beberapa tahun yang lalu. 1. Saya ingin menjadi hamba-Nya yang taat 2. Saya ingin menjadi isteri yang patuh pada suami 3. Saya ingin menjadi anak yang baik kepada ibu bapa 4. Saya ingin menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak saya Kepada kalian, selamat menyambut tahun baru 2016, semoga semua beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.

Galau

Sesiapa yang tahu akan kisah hidup saya, pasti akan membuat banyak spekulasi dan mengadili berdasarkan informasi yang mereka ada mengenai situasi yang saya hadapi sekarang. Saya sedar bahawa keputusan yang saya ambil ini berisiko tinggi dan tidak disukai oleh kebanyakan pihak yang mengenali dan terlibat secara langsung atau tidak dengan kehidupan saya. Saya juga sedia maklum bahawa saya telah di ingatkan beribu kali oleh individu-individu terdekat tentang perkara ini dan saya masih tegar dengan keputusan yang telahpun saya buat kebelakangan ini. Saya tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Saya juga tidak dapat menghalang sebarang tanggapan dan pandangan orang lain terhadap saya. Saya hanya berfikir untuk kebaikan beberapa pihak yang sangat saya sayangi.  Biarlah saya yang menjadi lilinnya. Biarlah saya juga yang menjadi angin yang meniup api lilin itu. Saya juga berhak untuk menentukan arah tuju hidup saya. Saya juga berhak untuk diberi ganjaran dalam kehidupan

Maaf

Saya terpaksa membatalkan kisah Asmara Ini atas sebab-sebab yang saya sendiri tahu.

Puas Sudah

Sebelum mengambil keputusan untuk menulis tentang hidup saya di dalam belog ini, banyak sudah kemungkinan dan pentafsiran yang telah saya pertimbangkan memandangkan ia melibatkan semua segi dalam kehidupan harian saya dan masyarakat sekeliling, terutamanya keluarga saya. Kehidupan saya penuh dengan warna-warni tetapi ia ibarat warna pelangi yang bersifat sementara, bergantung kepada jumlah biasan yang terhasil dari sang mentari. Ia juga bersifat rapuh.  Tidak kekal lama bergantung kepada keadaan sekitarnya.  Tidak bisa digapai tangan.  Hanya mampu dijamah oleh pandangan mata. Puas sudah saya menyimpan di dalam hati dan tulang-belulang, namun tidak dapat menahan jemari dari meluahkan di dalam naskhah maya ini. Saya tidak pasti apa pandangan yang membaca dan tidak akan pernah tahu taakulan mereka terhadap penulisan saya. Adakah perasaan yang terguris akibat lakaran jemari saya? Jika itu yang berlaku-maafkan saya. Saya hanya manusia biasa yang tidak lepas dari kesilapan.

Mencipta Bahagia, Mungkir Bahagia

Hingga ke saat ini, saya masih tidak dapat menaakul apa erti bahagia. Kebahagiaan mungkin boleh dilihat dari mata kasar oleh sesiapa sahaja kerana ia jelas terpancar di wajah dan ditafsirkan melalui gesture atau gerak tubuh seseorang. Tapi, bagaimana pula dengan individu yang mahir ‘menyembunyikan’ kedukaannya? Adakah ia kelihatan palsu bila digambarkan diwajah?  Bagaimana untuk mentafsir kepalsuan tersebut? (apa lain macam je topik kali ni, ha..?) :p Bahagia seorang Ibu ialah apabila melihat anak-anaknya gembira. Bahagia seorang Ayah ialah apabila melihat keluarganya aman damai dan sempurna. Bahagia seorang isteri ialah apabila disayangi dan dicintai si suami dengan sepenuh jiwa dan raga serta dilimpahi dengan kesenangan dunia. Bahagia seorang suami ialah didampingi oleh si isteri yang memahami dan menyenangkan hati. (atau mungkin bila mendapat keizinan untuk ‘menambah cawangan’ hahaha) Bahagia seorang anak ialah berada dalam sebuah keluarga yang se

Asmara Ini (Sebutan Kes 2)

Bergetar tangan saya memegang pen untuk membalas ‘perutusan’ Si Dia.  Kebiasaan jemari saya yang menulis berlandaskan gerak hati juga seolah-olah tidak memberi kerjasama yang sepatutnya.  Apatah lagi minda saya yang terasa beku dan buntu untuk malakar perkataan yang sesuai bagi menyatakan hasrat saya ketika itu. Hampir dua minggu surat itu terlipat dalam lembaran Si Buku Hijau, dan hampir setiap malam juga saya curi-curi membacanya.  Dalam keinginan untuk mengetahui gerangan Si Dia, saya telahpun membuat keputusan untuk menolak pelawaan tersebut kerana beberapa faktor: 1.        Saya takut dimarahi Emak jika perkara ini diketahui olehnya, 2.        Saya khuatir Si Dia bukan seperti yang saya gambarkan-saya bayangkan dia seorang nerd dan tidak kacak langsung.  Dan tidak romantik berdasarkan ayat-ayat skema di dalam surat yang dikirim kepada saya! Hehehe 3.        Saya masih belum bersedia untuk berpacaran (agaknya). 4.        Saya menganggarkan Adik tentunya akan me

Kadang-Kadang

Kadang-kadang kita rasakan yang kita betul, tapi sebenarnya kita tidak nampak kesalahan diri. Kadang-kadang kita rasakan kita sudah buat yang terbaik, tapi sebenarnya kita belum sampai lagi ke tahap membanggakan. Kadang-kadang kita rasakan kita sudah cukup sempurna untuknya, tapi sebenarnya kita masih kekurangan di sisi-Nya. Kadang-kadang kita berasa sudah cukup bersabar dalam semua perkara, tapi hakikatnya kita tidak dapat menandingi kesabaran para sahabat mahupun Nabi. Kadang-kadang kita rasakan kita sudah cukup mencintai, tapi hakikatnya kita tidak akan dapat menandingi kecintaan Nabi kepada Yang Esa. Kadang-kadang kita rasakan kita rasakan sudah cukup berkorban, tapi sebenarnya kita masih jauh dari keikhlasan dalam mengorbankan sesuatu yang kita sayangi. Kadang-kadang... saya mengantuk ketika bekerja...hahahahah

Saya Suka Ini

LOVE WHAT YOU DO, OR LEAVE. Ini memang benar.  Terima kasih kepada yang pos status itu di laman Facebook  saya.

Asmara Ini - Sebutan Kes (1)

Hari-hari sebagai seorang pelajar sekolah menengah saya lalui dengan tenang dan riang.  Walaupun bukan seorang pelajar yang menonjol dari segi pelajaran dan ko-kurikulum, saya gembira bersekolah di situ.  Bersama kawan-kawan sekepala, sebulu-menjadikan hidup saya lebih bermakna. Sebagai anak remaja yang sedang meningkat naik, pelbagai aktiviti kami lakukan dan telah di cuba untuk menghilangkan kekangan kebosanan hidup di asrama.  Sebut sahaja pelbagai jenis kenakalan yang biasa di lakukan oleh remaja seperti kami seperti escape prep, keluar awal dari prep, tak turun solat tarawikh, escape bacaan Yassin, escape perhimpunan, lambat masuk kelas, keluar awal kelas, ponteng kelas, tidur waktu prep, seludup masuk Walkman, bawa seluar jeans , seludup masuk majalah hiburan, berpura-pura sakit mata untuk mendapat MC seminggu, pura-pura sakit dan tidur di bilik sakit, err.. fly malam-malam saya tak buat, dan lain-lain lagi. (Mak ai, banyak tu).  Itu belum dikira lagi dengan membuli adik-

Asmara Ini (Bukaan Fail Kes)

  Nah.  Maka bermulalah detik-detik penceritaan kepada kisah yang saya kira ‘berani mati’ untuk ditulis di sini.  Namun, adalah menjadi hak saya untuk menulis di sini berlandaskan kebenaran supaya anak-anak saya akan kenal akan Ibunya.  Semoga mereka akan menjadikan ini pengajaran.  Ya, benar.  Ibu sangat sayangkan kamu berdua dan tidak mahu kamu mengulangi kesilapan yang telah Ibu lakukan di masa lepas. Tidak mahu terlalu formal kerana mungkin ia akan merosakkan jalan ceritanya.  Juga, nama dan sesetengah situasi harus dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Saya mula mengenal erti sayang kepada selain Pencipta, Emak, Ayah dan Adik, serta saudara-mara ketika berusia 19 tahun.  Mungkin ada yang beranggapan ianya agak lewat-tetapi itulah yang saya lalui. Saya telah di usha oleh seorang senior di sekolah ketika masih di Tahun Satu tetapi ia pastilah tidak dibalas kerana apalah yang difahami oleh seorang kanak-kanak berusia 7 tahun ketika itu tentang kasih-sayang.  Itu

Tidak Tahu

Kadang-kadang, bila direnungkan mendalam-kisah hidup saya ini layak untuk dibukukan.  Bukan, kedengaran agak melampau.  Saya bukan sejarahwan, artis, tokoh korporat atau sesiapa. Tetapi.  Saya mahu menjadikan ia sebagai rujukan anak-anak. Bagaimana harus dimulakan?

Israq Kesayangan

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Mengenangkan anak bujang saya nan seorang ini, membuatkan saya tersenyum sendiri. Israq sudah berusia 3 tahun, tetapi pertuturannya agak pelat berbanding kakaknya Si Haya yang tidak ketara ke-pelatan-nya sewaktu seusia dengannya. Ini adalah perkataan-perkataannya yang mencuit hati: 1. abah-abah - labah-labah 2. jentoyak - jentolak 3. umbor-umbor - semburan nyamuk berjenama "Rid***t 4. otoi adik dah ecah..-botol adik dah pecah.. 5. ali alitor - alligator 6. apang-senapang 7. itoy - pistol Nampak tak?  Kalau Si Haya dulu, perkataannya semua bersifat keperempuanan.  Lihat Si Israq.  Penuh keganasan.

Mengenal Jari

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Saya menjumpai kenyataan ini di laman sesawang.  Tiada apa-apa komen yang spesifik. Lihat jari, berfikir.  Indah ciptaan Allah s.w.t. Tipe A-Tangan kiri Orang dengan jari manis lebih panjang daripada jari telunjuk diketahui memiliki pribadi yang baik secara penampilan. Mereka sangat menarik, punya ketegasan, agresif, serta pengambil keputusan yang baik meskipun berhadapan dengan risiko besar. Kebanyakan dari orang ini memiliki profesi sebagai tentara atau insinyur. Para ilmuwan telah menemukan bahwa orang dengan jari manis lebih panjang memperoleh lebih banyak hal daripada mereka yang memiliki jari manis lebih pendek. Sekian.

Asrama Oh Asmara (Eh?)

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Saya dan arwah Adik menghabiskan sebahagian masa remaja di asrama.  Di sekolah menengah dan universiti. Kali ini saya ingin mengupas dan membelah-belah, seterusnya memakan-makan semua kenangan semasa di asrama dahulu.  (Banyak tahun giler ni, tahu..) lol Sejujurnya, saya tidak tahu pun apa itu asrama serta kehidupan di asrama sehinggalah saya di terima masuk ke Sekolah Tuanku Jaafar/Sekolah Menengah (Sains) Tuanku Jaafar di Kuala Pilah. Keterujaan itu memang sudah lama bersarang dalam hati kerana setiap kali peperiksaan di sekolah rendah, Ayah akan mengingatkan saya tentang kehebatan sekolah gomen (atau sekolah kerajaan/ government ).  Tambahan pula, kebanyakan daripada sepupu, saudara-mara saya, termasuklah beberapa orang di kampung kami merupakan pelajar atau bekas pelajar sekolah tersebut. Cuba bayangkan betapa hebatnya sekolah itu sehinggakan saya tidak mahu menerima tawaran dari mana-mana sekolah melainkan sekolah itu! C

Ditempat Baru (Lagi)

Tidak seperti orang lain yang mungkin suka bertukar-tukar baju, bertukar-ganti kasut, tas tangan, gincu, pencuci muka (hah?), mahupun pasangan (err…); saya suka bertukar-ganti kerja! (Pulak) Memandangkan ketua jabatan di tempat saya bekerja tiada di pejabat hari ini, (mungkin dia membeli-belah sempena Aidil Adha esok)(oh, tidak mungkin.  Dia berbangsa Tionghua) saya berasa amat lapang untuk menghitung-kira jumlah majikan yang pernah saya berkhidmat sejak mula bekerja dari tahun 1996. (Tolong jangan mula mencongak umur saya) Secara tidak rasmi, saya telah bekerja dengan dua belas majikan.  Ya, anda tidak tersalah baca, atau saya tersilap tulis. Mari lihat senarai di bawah. 1.       Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris – Guru Sandaran 2.       NR Talang Enterprise (Shell) – Juruwang merangkap atendan pam (hijau ka..kuning ka..) lol 3.       Solartech – Kerani Operasi 4.       Merge Housing Berhad – Kerani Pemasaran, Eksekutif Muda (Junior) Pentadbiran (geli pula hendak menuli

Tragedi Febuari

Salam. Ketentuan Allah, tiada siapa boleh menghalang. Tanggal 1hb. Febuari 2015, anggaran masa 1630, satu musibah telah menimpa keluarga kami. Mahligai yang telah lama kami diami turun-temurun telah hangus dijilat api. Kami sekeluarga ketika itu tiada di rumah kerana melawat jiran di hospital, tiba ketika api sudah membakar semua struktur rumah pusaka yang di bina hampir 60 tahun yang lalu. Luluh hati melihat tiada apa harta yang terselamat, namun bersyukur kami selamat dan terhindar dari sebarang kecederaan akibat musibah tersebut. Kami hanya tinggal sehelai sepinggang. Namun, kami akur kerana rahmat Allah itu sentiasa bersama insan yang lemah dan redha atas setiap perkara yang berlaku. Kami mungkin kehilangan harta benda hiasan duniawi, namun kami amat bersyukur kerana kami masih punya nyawa yang paling berharga untuk terus hidup, beribadah, berbakti kepada semua. Di sebalik musibah itu, Allah turunkan seribu rahmat-Nya kepada kami. Kami masi

Kembali (Oh, yeahhhh!)

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat semua. Saya sudah kembali.  Ya, setelah sekian lama meninggalkan ruangan ini kerana pelbagai kekangan. Definasi ‘kembali’ juga ditafsirkan dalam pelbagai bentuk: 1.        Kembali menjengah (laman ini) 2.        Kembali bertugas (setelah hampir 5 bulan menjadi penanam anggur tak Berjaya-sebab tidak menanam pun) 3.        Kembali menjalani kehidupan berdikari-yang selama ini juga tetap berdikari (tidak mahu mengulas lanjut) 4.        Kembali bertenaga (kerana selama ini tidak menjumpai minuman pencetus tenaga yang sesuai!) Ini tidak benar.  Langsung. 5.        Kembali gemuk!  Ini memang tidak di idamkan sama sekali.  Penanda aras-ukur lilit pinggang sendiri-apabila celana semakin ketat dan tidak perlu bertali pinggang.  Oh tidak!!! 6.        Kembali ke dapur.  Ini bermaksud, bukan selama ini saya tidak menjengah dapur, tetapi lebih kerap kerana beberapa faktor: a.        Ayah tidak sihat kebelakangan ini, maka Emak