Posts

Showing posts from October, 2011

Edisi kuih-muih

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Menghabiskan masa cuti berpantang membolehkan saya menyelongkar bahan-bahan yang telah berhabuk di dapur.  Lama tidak memegang periuk dan lesung batu.  Jadi, hari ini baru berkesempatan untuk mengemaskan bahagian paling penting dalam sesebuah rumahtangga-dapur; kata suami saya. Namun, entri kali ini saya akan 'kemaskan' gambar-gambar lama masakan yang terkandung dalam folder komputer riba yang lama ditinggalkan.  Kuih-muih yang saya usahakan itu sebenarnya sudah lama dan bersawang di halaman sosial saya yang terdahulu, tetapi baru kali ini saya teringat dan terdetik hati untuk memaparkannya di sini.  Seperti biasa, tiada resepi dan cara-cara membuatnya saya sertakan di sini kerana semua resepi saya ambil dari ihsan laman sesawang myresepi yang popular tersebut.  Jadi, kita cuci mata sahajalah di sini.  InsyaAllah, saya akan sertakan resepi jika ada masakan dan resepi yang tidak terdapat di dalam laman sesawang tersebut. Ini i

Duhai Haya, Aduhai Adik

Assalamualaikum w.b.t dan salam lebaran. Ramadhan berlalu tanpa saya sedari kehadirannya.  Syawal menjelma tanpa saya rasai kemeriahannya. Namun, saya mensyukuri nikmat Allah s.w.t Yang Maha Pengasih kerana telah menganugerahkan kami suami isteri dengan permata hati dan harta paling berharga sekali - Dayang Nur Hayatullikhamaidani, puteri sulung yang selamat dilahirkan pada 7 Ramadhan 1432 yang lalu. Allah Maha Agung lagi Maha Mengetahui.  Kegembiraan menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga kecil kami disusuli dengan kepiluan kemalangan yang melanda adinda yang saya kasihi-Muhmmad Jan yang telah kembali ke Rahmatullah tanggal 20 September 2011, genap tempoh berpantang saya.  Menderita sakit Myelitis-seperti yang diterangkan oleh doktor-doktor yang merawat arwah selama di Hospital Kuala Lumpur.  Tiada apa yang mampu saya coretkan di sini melainkan doa yang berpanjangan dan berterusan serta redha dengan ketentuan-Nya.  Sedar akan dunia yang bersifat sementara.  Faham den