Posts

Showing posts from October, 2016

#namagelarankuberiyangmasihrelevan

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Ketika saya menulis di belog ini, saya baru sahaja selesai menyapu sawang di ceruk si kuali yang menangis ini. Ketika memandu ke pejabat pagi Jumaat yang berbahagia ini, saya terkenangkan tentang ketidakboleh upayaan saya mengingati nama individu yang saya temui, sejak seawal umur remaja lagi. (Ini menjelaskan kenapa saya tidak cemerlang dalam matapelajaran Sejarah di bangku sekolah dahulu!) Kecenderungan (mungkin kecacatan) ini saya sedari ketika saya gagal mengingati nama individu yang telah berpesan salam kepada Emak dan Ayah saya ketika bertembung di jalanan sewaktu pulang dari sekolah. Sekolah rendah. Sekolah menengah. Err..juga sehingga kini! :p Antara nama gelaran terawal yang saya berikan ialah: 1. Atuk Tea (disebut tear- koyak) kerana datuk tersebut ada iras seperti Allahyarham Mahmud June yang ketika itu berada dalam iklah teh Lipton.  Jadi, secara automatik, isterinya juga diberi gelaran Uwan Tok Tea..haha.  S