Posts

Showing posts from March, 2011

Bercerita tentang impian...

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Bila menyentuh tentang impian, saya adalah antara insan yang paling bersemangat untuk membincangkannya.  Impian membawa maksud dan pengertian yang amat mendalam kepada saya memandangkan saya begitu sinonim dengan angan-angan. ;p  Ini menjelaskan kepada perilaku saya yang suka termenung berisi (konon), dan suka menghabiskan masa menulis sesuatu di atas kertas. Kebiasaan itu juga saya pertanggungjawabkan kepada sistem pendidikan yang saya terima ketika di zaman persekolahan menengah dahulu.  Kami didedahkan dengan sistem 'Journal ' dalam subjek Bahasa Inggeris di mana setiap pelajar dikehendaki menulis luahan hati dan perasaan di dalam buku latihan.  Sebetulnya, jurnal ini adalah rahsia dan tidak boleh dikongsi dengan sesiapa melainkan guru yang mengajar subjek itu sahaja.  (Kadang-kadang, saya yang agak 'tidak makan saman' ini akan curi-curi membaca jurnal orang lain dengan sengaja-selepas dengan sengaja juga menyelongkar meja

Saat Mengujakan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Hati berbunga-bunga riang disulami dengan debaran memuncak persis menunggu keputusan juri mengumumkan pemenang kategori Pelakon Wanita Popular abad ini.  Kedengaran sangat merepek tetapi itulah yang sedang saya alami ketika ini. Ada denyutan jantung lain yang sedang berdegup kencang dalam perut saya yang sekarang berukuran 16cm!  Amat mengujakan! Syukur Alhamdulillah atas kurniaan Allah s.w.t ini... Tidak sabar melihat kamu lahir ke dunia ini anakku! Salam ceria dan bersedia untuk menambah berat badan dengan jayanya lagi.  Sekarang saya berjisim 65.65kg!  Juga menakjubkan! Salam hormat.