Posts

Showing posts from December, 2016

Disember 2016

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Disember. Begitu cepat masa berlalu.  Datangnya juga tidak disedari. (Adakah selama ini saya berhibernasi?) Hahaha. Disember hanyalah pengakhiran bulan dalam takwim Masehi.  Namun, ia saya anggap bukanlah bulan yang harus di isi dengan acara-acara santai memandangkan di bulan inilah saya dan pasukan kerja akan bertungkus-lumus menghabiskan wang peruntukan kerajaan demi mengisi kantung kewangan syarikat.  Hahaha. Begitu banyak perancangan yang telah dan sedang saya laksanakan untuk tahun akan datang.  Semangat juga seakan segar di siram hujan lebat bulan Disember. Perancangan untuk diri, anak-anak (yang paling mengujakan), keluarga dan syarikat; seolah tidak cukup dua belas bulan yang sedia ada.   Bolehkah saya memandai-mandai mencipta nama bulan yang baru, jadi nanti nama saya akan tercetak dalam buku-buku tawarikh sebagai perempuan yang tidak logik mencipta dan merubah ketetapan kebiasaan? Hahahaha. Baiklah.  Berhenti m

Silaturrahim

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Tanggal 7hb. Disember 2016, saya telahpun ‘sah’ membebaskan diri daripada rantaian di hati, jiwa dan diri. Syukur.  Setelah sekian lama saya menahan dan bersabar dengan ujian tersebut, maka inilah pengakhiran kisahnya setelah bertahun juga saya memendam dan merendam kepayahan hidup berumahtangga.  Sejujurnya, saya tidak menyangka yang saya akan berumahtangga dan mempunyai zuriat seperti hari ini.  Saya juga tidak menduga ujian tertumpah ke atas mahligai ini dan berakhir dalam tempoh yang agak singkat. Tidak mahu mengulas di mana kekurangan dan kepincangannya; saya hanya redha dengan jalan cerita hidup yang telah tersurat sejak di Azali. Mungkin ramai yang telah maklum tentang babak-babak dalam kehidupan saya selama ini.  Mungkin ramai juga yang memuntahkan pelbagai pandangan, curahan hati, dan tidak kurang juga yang mendoakan kebaikan dan menitipkan semangat kepada diri supaya lebih tabah dan bertahan dengan kasih sayan