Posts

Showing posts from January, 2016

Hidup Ini Umpama Sebuah Kuliah Universiti

Anak dara saya Haya akan berusia 5 tahun pada tahun ini.  Semakin hari semakin bijak dan sudah terlihat kecenderungannya sekarang.  Seawal usia itu dia sudah saya hantar ke pra-sekolah di kampung.  Anak manja saya, Israq bakal menginjak umur 4 tahun tidak terlalu lama lagi.  Mulutnya petah berkata-kata walau masih kedengaran pelat di sana-sini.  Sudah di hantar ke sekolah Tabika oleh Atuk walau sudah jua di suruh balik oleh Cikgu Girl nya kerana masih terlalu awal usianya untuk ke sekolah. Terasa amat bahagia melihat anak-anak membesar di hadapan mata. Jika dulu, saya pasti tidak menang tangan menguruskan anak-anak yang sedang meningkat usia ini, memandangkan tiada kehadiran Daddy-nya bersama.  Namun kini, semua itu sudah terisi sejak Daddy pulang. Rupa-rupanya, masih banyak kelemahan dalam mendidik anak-anak yang masih perlu saya perbaiki.  Amat berbeza pendekatan yang cuba saya terapkan berbanding cara Suami mendidik anak-anak mengikut cara dia membesar serta cara dia

Saat Itu Makin Hampir

Semakin di hitung hari-hari mendatang, terasa semakin hampir hari itu akan tiba. Galau hati mengenangkan ia. Resah hati memikirkan kemungkinan yang akan berlaku. Jika orang lain, mungkin ia tidak akan menjadi nanah.  Tapi bagi saya, ia sesuatu yang bukan mudah untuk dihadapi.  Hati saya terlalu rapuh untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.  Hati berdarah mengenangkan segala yang akan ditinggalkan di belakang.  Segala yang ada di sini akan saya tinggalkan.  Biar ia bersifat sementara, namun ia tetap meruntun jiwa saya. Segalanya. Akan ditinggalkan demi mengejar masa depan yang direncanakan. Segalanya. Akan menjadi kenangan yang paling berharga dalam hidup saya. Semuanya. Akan kekal dalam lipatan memori saya yang tidak akan terpadam hingga ke hujung nyawa. Tinggallah batu nisan insan-insan yang saya sayangi di sini. Tinggallah Ayah dan Emak yang amat saya sayangi dan kasihi. Tinggallah sahabat-sahabat yang selalu mendampingi saat suka,

Lagu Kita

Deras hati ku berdetar Dilangit aku terlihat kamu Terang malam teman kita Dengan angin meniup sayu... Ku petik gitar akustik ini Dengan harapan dia mendengar Melodi indah yang ku cipta Hanya untuk luahkan rinduku padanya... Dan aku terus menyanyi lagu ini untuk mu. Walau berjuta mendengar lagu ini hanya untuk mu Arah hidup kita terkapar bintang di angkasa Berkelip melukis cinta, tercipta lah lagu kita. Tercipta lah lagu kita...

Biarlah Rahsia

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika Berada Di Tempatku Membayangkan Pahit Manis Berlaku Entah Siapa Yang Tahu Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan Berdepan Dengan Kata Menyesakkan Takkan Tugumu Kebal Tiada Pertimbangan Keheningan Malam Membangunkan Kepayahan Jiwa Meluahkan Andai Kau Jujur Memahami Tiadaku Menjauhi Dan Kisahku Yang Masih Panjang Menambahkan Berat Yang Memandang Lantas Ku Pendam Ku Putuskan Biarlah Rahsia Semakin Aku Hidup Dalam Cinta Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya Hentikan Kata Kata Bertulangkan Dusta Saya meletakkan lirik lagu ini di sini bukan kerana saya meminati pelantun suara kepada lagu ini tetapi baru saya tahu apa perasaan penyanyi tersebut bila berada dalam keadaan seperti yang di tulis di dalam lirik lagu tersebut.

Ibu Mertuaku

Saya bukan Salmah.  Suami saya bukan Kassim.  Ibu mertua saya juga bukan Nyonya Mansoor. Tapi, ibu mertua saya bernama Kesumah. Persamaan ibu mertua saya dengan watak ibu mertua kejam di dalam filem hitam putih tersebut?  Tiada. Yang paling banyak ialah perbezaan.  Umpama Ying dan Yang. Perbezaan paling ketara ialah, Nyonya Mansoor mempunyai seorang sahaja anak perempuan manakala ibu mertua saya mempunyai 12 orang anak.  Baiklah, sangat berbeza bukan? Itu baru satu yang saya tuliskan di sini.  Belum dikira lain-lain aspek lagi.  Memang amat ketara perbezaannya. Apa motif saya menulis tentang ibu mertua?  Motifnya hanya satu. Rindu. Segalanya terasa amat rindu-rindukan suaranya, masakannya, nasihatnya. Hanya saya menantunya yang berada sangat jauh di mata.  Hanya suami saya yang berada jauh dari jangkauan tangannya.  Hanya anak-anak saya; cucunya yang masih tidak dapat dibelainya. Perkara yang paling pertama buat saya tertarik tentang mama saya ialah dia seorang ya