Posts

Showing posts from July, 2010

fasa baru dalam kehidupan

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Pasar baru dalam kehidupan saya ialah Pasar Sungai Besi (eh, apa merepek?) Selama 32 tahun hidup saya ini, pelbagai peringkat dan pengalaman telah dilalui.  Bermula dari saat dilahirkan hingga ke hari ini, saya berasa amat bersyukur kerana dikurniakan kesempurnaan fizikal dan mental serta menjalani hidup yang menyenangkan. Saya pasti, semua manusia dan makhluk di muka bumi ini juga mempunyai lakaran lukisan kehidupan yang sama walaupun jalan cerita yang mungkin berbeza. (Tuan-tuan dan puan-puan, sila pastikan anda berada dalam keadaan selesa dan memegang pen merah untuk menanda kesalahan tatabahasa ketika membaca karangan berbentuk biografi untuk Kertas Dua bagi matapelajaran Bahasa Melayu untuk Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2010). Pada pandangan peribadi saya, fasa kehidupan yang bakal saya tempuhi tidak lama lagi adalah saya kira yang paling mencabar sekali.  Sejak dari awal perkenalan saya dan bakal suami, kami telah lalui