Posts

Showing posts from January, 2017

Tugasan Oh Tugasan!

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Hari ini merupakan hari yang meletihkan fikiran saya. Keletihan minda lebih membebankan daripada keletihan fizikal yang biasa saya tempuhi hampir setiap hari. Saya lebih rela memandu dari Kuala Pilah hingga ke Yugoslavia daripada berfikir dan mengerjakan tugasan yang memerlukan banyak formula serta nama-nama pelik bahan-bahan kimia yang mempunyai pelbagai nama yang setara!  Terasa mahu mengupah seorang pensyarah subjek Kimia berpangkat Doktor serta kacak seperti Fattah Amin dan bersuara jantan   seperti Zul Ariffin untuk menaikkan semangat saya ketika ini! Oh, berhentilah berangan! Hahahaha. Seperti biasa, Encik Google akan menjadi gantian Fattah Amin dan Zul Ariffin.  Walaupun Encik Google banyak membantu, tetapi saya masih keliru tentang ketepatan bahan seperti yang di kehendaki oleh pelanggan yang memesan.  Silap beri maklumat, maka silaplah mereka membuat pembelian.  Jika sudah tersilap membuat pembelian, kemungkinan besar

Hello 2017!

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua. Anak-anak ibu, juga sudah menginjak satu tahun umurnya.  Bersekolah seperti biasa.  Semakin panjang akalnya. Seperti biasa, azam baru tidak akan saya perbaharui ketika ini (hahaha) kerana saya berazam hampir setiap hari. Azam-azam saya kecil sahaja. Seperti mahu menyiapkan dokumen sebutharga dengan sepantas mungkin. Baiklah.  Harus berundur sekarang kerana saya ingin memenuhi tuntutan azam saya sekarang!   Mahu di hantar sebelum 10hb. Januari. Hingga ketemu lagi. Salam hormat.