Posts

Showing posts from 2013

Kerja Ditempat Baru

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Sudah hampir sebulan saya meninggalkan pekan Kuala Pilah.  Dan sudah hampir satu bulan juga saya mengira bil petrol kerana berulang ke bandar Seremban.  Semuanya kerana suka.  Bukan cinta. (tiba-tiba... :p ) Syukur kepada Allah s.w.t kerana membuka pintu rezeki-Nya buat kami sekeluarga.  Berdoa sahaja agar sentiasa mendapat keberkatan selalu.  Saya ada kerja, jadi cukup sampai di sini.  :p Sekian adanya.

Kesayangan

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.  Kesayangan hamba. Uwik dan Israq, Atuk dan Haya

Gulai Ikan Nyok-Nyok

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Apa itu ikan nyok-nyok? Entah, masak sajalah.. :) Gulai ikan nyok-nyok dengan kundang muda. Sekian.

Kerutuk Daging Patuh Ibu

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Berikutan kuantiti daging korban yang masih banyak di dalam peti sejuk, saya bertekad untuk mengurangkannya.  Inilah hasilnya, Kerutuk Daging Patuh Ibu. Kenapa ia dinamakan sebegitu? Kerana, kali ini saya betul-betul patuh kepada resepi yang di tulis di belakang paket rempah kerutuk keluaran Adabi itu! Mahu resepi? Beli sahaja rempah kerutuk keluaran syarikat tersebut, dan sila patuh ok ? PATUH.  Kalau mahukan hasil yang baik. Sekian.

Edisi Kerepek Pisang

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia. Memandangkan cuti umum yang datang berderet-deret, memaksa saya menyibukkan diri di dapur. Jadi, inilah aktiviti saya - menyagat, menggoreng pisang nangka untuk dijadikan kerepek pisang. Inilah hasilnya... Dan ini pula, masih kerepek pisang, tetapi setelah penyagat terjatuh ke dalam kuali berisi minyak panas dan gagal diselamatkan, maka saya telah menukar pisaunya dan menyagat bentuk kerepek ubi! Tapi, masih ok  dan disira dengan cili dan gula.  Haya sukakannya!

Cendawan Busut

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Kenal akan tumbuhan ini?  Berdasarkan kenyataan Ayah, tumbuhan ini dikenali sebagai Cendawan Busut.  Menurut Ayah, ia hanya tumbuh sesudah petir dan hujan menyimbah tanah lembut. Agak jarang ditemui.  Tetapi amat sedap dimakan! Menurut Ayah lagi, cendawan ini dihasilkan daripada aktiviti Sang Anai-Anai di dalam tanah dan kebiasaannya ia tumbuh dengan banyak di kawasan tanah yang lembut. Tapi, kali ini berbeza.  Cuba perhatikan dengan teliti gambar-gambar di atas.  Imej bayang-bayang kelihatan ketara bukan? Ya, memang benar.  Itu adalah imej bayang-bayang tangan saya yang sedang memetik butang telefon bimbit bagi merakamkan 'kemunculan' cendawan tersebut! Ironinya, ia tidak tumbuh di kawasan tanah yang lembut di halaman rumah saya;  tetapi di kawasan tanah yang keras dan kering.  Ini berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.  Mungkin komuniti anai-anai tersebut telah berpindah dari tanah basah k

Klasik, kan?

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.. Geledah punya geledah, terjumpa ini. Gambar ini bertarikh 16hb. Ogos, 1968.

Hari yang kelabu

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Tidak tahu mana nak mula.  Terlalu banyak yang hendak diperkatakan sehingga tidak tahu bagaimana harus memulakan. Sudah habis bacaan.  Masih berbaki dua novel lagi.  Tidak ada perasaan ingin memulakan bacaan.  Ada beberapa petikan dari novel yang ingin dikongsi, mungkin di entry akan datang. Kerja-kerja pejabat sudah dilunaskan.  Terbayang-bayang percutian yang akan berlangsung bulan hadapan.  Mahu memberi pengalaman baru untuk anak-anak. Hari juga mendung.  Kegiatan petang bersama dua beradik itu juga tidak dapat dilaksanakan.  Bosan juga.  Hingga ketemu. Sekian, salam sayang.

Pembacaan Berhemah

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Masih ingat perihal buku novel tebal yang di ambil secara rambang di rak buku perpustakaan desa yang lepas? Novel berketebalan sebanyak 1029 mukasurat itu telah berjaya saya habiskan pembacaannya.  Ternyata pilihan saya tidak mengecewakan. 'Dari Milan Ke Maran'   benar-benar membuat saya berfikir dan mengambil iktibar tentang apa yang diperkatakan oleh penulisnya - Norhayati Berahim. Tidak seperti novel-novel biasa di pasaran, saya amat berminat dan kagum dengan penulisan penulis ini.  Berkisar tentang situasi semasa dan tidak terlalu serius, malah diselitkan dengan unsur-unsur positif tentang keagamaan, politik, kenegaraan dan isu-isu semasa; digarap dengan baik sekali.  Amat sesuai dijadikan bahan bacaan santai tidak kira peringkat usia. Saya kira, buku ini harus dibaca oleh bakal-bakal politikus atau yang sudah bergelar YB kerana banyak pengajaran dan pandangan-pandangan penulis yang saya kira amat bernas dan harus dicontohi.

Perasaan saya tentang pemanduan berhemah

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Sudah 10 tahun saya boleh memandu.  10 tahun juga saya menghabiskan separuh dari hari-hari saya berada di atas jalan raya, memandu.  Selama tempoh itu jugalah saya 'berjaya' mengumpul sembilan saman ekor (akibat memandu laju), satu saman menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan dua saman akibat kesalahan meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya. (tentunya bukan di atas bumbung, di dalam parit atau di atas meja makan restoran!) Kerjaya saya yang banyak melibatkan kerja-kerja menghantar dokumen tender itulah yang patut dipersalahkan maka berlakunya pemanduan melebihi had kelajuan yang sepatutnya. (Untuk makluman, saya hanya memandu sebiji Kancil 850cc-tetapi ia berjiwa Ferrari!) :p  Penggunaan telefon semasa memandu pula, nyata tiada sesiapa yang patut dipersalahkan kerana sepatutnya saya mempunyai pilihan untuk tidak menjawab panggilan dari seorang sahabat yang ingin mengajak makan tengahari bersama, sedangkan ketika itu

Hobi yang tertangguh

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Berpinau, muak, jelak. Bulan lepas saya telah khatam bacaan novel-novel oleh Sophie Kinsella kemudian Cecilia Ahern dan sekarang rasa mahu muntah pun ada.  Berhenti.  Sebetulnya perpustakaan tersebut sudah kehabisan hasil tulisan penulis-penulis berkenaan. Melakukan pembacaan berbahasa Inggeris kerana lidah sudah kejang berbahasa "Geyet" dan khuatir anak-anak juga akan menurut jejak langkah. Menjengah Perpustakaan Desa pula, tertegun.  Apakah ini?  Beratus novel-novel berbahasa Melayu tersusun di hadapan mata, lalu bertanya kepada si Haya:  "Kakak, dari mana Ibu nak mulakan ni?"  Nyata, tiada jawapan dari anak yang berusia 2 tahun itu. Dengan azam tertanam di dada, saya memejamkan mata dan mengambil secara rambang sebuah buku dari rak paling atas.  Nah, ambik kau.  Tebal giler.. masak, masak.. Sekian. p.s:  Jika ada pertandingan membaca paling banyak buku, sila ambil saya.  Enam buah buku selama sebulan adalah

Pulang dari pertapaan

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Bismillahirrahmani-rahim..   Kucar-kacir. Sawang labah-labah yang telah bertahun ditinggalkan semakin menebal dan amat sukar untuk dihapuskan. Permulaan bicara yang tidak semanis selalu akibat keserabutan minda dan jari menggeledah butang-butang dan paparan di skrin yang asyik berubah-ubah lantaran meninggalkan "rumah " ini dalam jangka masa yang lama.   Begitulah keadaannya jika meninggalkan sesuatu dengan kadar yang lama dan tidak pula rajin untuk mengemas apatah lagi menghias.  Bukan setakat labah-labah, kelihatan juga kelibat ular sawa yang kekenyangan menelan puluhan, mungkin ratusan ekor tikus sepanjang pertapaan. Oh, galau.  (Tajuk lagukah ini?)  Tidak tahu mana hendak dimulakan. Baiklah, mulakan dengan bicara klise seorang ibu kepada sepasang anak yang masih kecil - haruslah berkisar tentang mereka. Si Bijak Haya - Semakin bijak dari hari ke hari.  Tahun hadapan akan di hantar ke Taska.  Sebagai