Posts

Showing posts from 2014

Pohon Pine Cypress

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Sedikit perkongsian dalam bacaan untuk saya kongsikan tentang pokok pine cypress . "Menurut para saintis berkenaan kaum Hunza yang tinggal di kawasan pergunungan yang dikelilingi oleh pohon tersebut. Lembah Hunza adalah sebuah kawasan yang terpencil di dunia.  Penduduknya pula mempunyai purata hidup terpanjang di antara seratus hingga seratus empat puluh tahun. Di khabarkan bahawa kaum Hunza ini mendapat sumber air utama dari telaga dan juga mata air glasier.  Secara langsung, akar, daun, buah dan getah dari pokok pine cypress  tersebut menjalar masuk dan jatuh ke dalam sumber air mereka tersebut-menjadikan ia sebati dengan sumber air tersebut. Maka itulah, dikhabarkan juga ia antara rahsia usia panjang kaum Hunza tersebut.   Wallahu 'alam. Terfikir juga saya akan kesihatan orang-orang terdahulu.  Mereka minum dari air yang diperolehi dari perigi.  Ditapis secara semulajadi oleh akar pokok dan tanah. Berbanding

Ganjaran

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Minggu dan bulan ini adalah minggu dapat keputusan peperiksaan dan masuk ke mana-mana sekolah dan institusi berprestasi tinggi. Bulan ini jugalah ramai di antara yang cemerlang diberi ganjaran atas usaha dan penat lelah - seumpama memenangi peperangan setelah berhabis tenaga bertempur dan berjuang. Sebahagian besarnya oleh Ibu dan Ayah masing-masing yang nyata amat berbesar hati dengan pencapaian anak-anak mereka. Dahulu dan sekarang. Semuanya mengalami perkembangan dan pembaharuan dalam ganjaran kecemerlangan. Mana-mana juga sama-hadiah. Namun, apa yang membezakannya adalah zaman. Zaman Ayah: Ketika Ayah mendapat tempat pertama di sekolah rendah (tahun 40-an), beliau di hadiahkan dengan wang sebanyak 30sen-yang boleh diumpamakan ketika itu, sebanyak RM500 pada ketika dan zaman ini. Kegembiraan?  Haruslah berganda-ganda, kerana dengan wang sebanyak itu Ayah mampu membeli pelbagai makanan ringan (jajan) yang mahal-maha

Kidney Beans

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Mahu ke pasaraya berdekatan untuk mencari apa yang disebut 'kidney beans'  atau kacang buah pinggang kering.. Penat merayau satu pekan Kuala Pilah semalam walaupun kesakitan tulang belakang..nampaknya belum ada jodoh untuk bertemu denganmu wahai kacang.. Moga hari ini ada rezeki berjodohan denganmu.. :p

Agen 007(ii) Pembayang kes (hah?)

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam 007 :) Ini adalah pembayang kepada kes yang sedang saya siasat sekarang. :p Buku ini telah dua minggu berada dalam pemerhatian saya.  Dan sudah tamat di analisa. Situasi yang tertulis di dalamnya seakan terlalu dekat dengan saya. Seolah-olah penulis berada betul-betul di sebelah saya ketika beliau menulis karya ini! Sila-silakanlah membaca karya penulis ini.

Kakak @ PAPN

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Ini ialah aktiviti anak-anak di PERMATA, Kuala Pilah. Outdoor Di rumah: Kakak hanya dibenarkan berbasikal di DALAM rumah. Indoor Di rumah: Kakak TIDAK DIBENARKAN LANGSUNG menyentuh peralatan elektrik. Boleh lihat perbezaannya bukan? Tahniah dan terima kasih kepada para pendidik di PAPN Kuala Pilah kerana anda semua berjaya "mengawal" tingkah laku anak-anak yang ramai itu; berbanding saya yang hanya mempunyai 2 orang anak.. (..dan mereka semua masih belum berkahwin apatah lagi mempunyai anak..) Kagum, bukan? Tahniah.

Agen 007(i)..kut..?

Image
Agak lama juga saya perhatikan. Dalam hati tertanya-tanya apakah ia benar ataupun cuma andaian saya sahaja. Sudah agak lama saya tidak terfikir dan berfikir akan perkara ini. Namun, pagi ini mulut terasa ringan untuk bertanya kepada Teacher di sekolah Kakak setelah anak saya sendiri membuka mulut dan bertanya: "Ibu, kenapa rambut dia gotak..?" (botak) (propa kan intro  nya?) :p Si Gotak yang dimaksudkan oleh Kakak ialah Si Tukang Kebun baru di sekolahnya. Justeru, saya buka mata dan tiba-tiba jiwa ke-leman-an saya (wahhh..gitu) yang telah lama berkubur semenjak tidak bergaul dengan geng-geng leman, setelah siri CSI dibiarkan berhabuk di saluran AXN; mula bergerak dan berkeriuk dek kerana karat akibat bertahun tidak diselenggara. (Apa ni?) :p Masakan tidak? Cuba bayangkan dan fikirkan kaitan situasi dalam fail kes ini sekarang: (ya, sila bayangkan muzik latar dari siri CSI juga) 1. Tukang kebun yang lama (..yang kurus seperti lidi, (maaf a

UPSR & Me

Image
Assalamualaikum w.b.t Salam hormat dan ceria! Walaupun saya secara amnya berkeadaan sibuk (dan sibut), namun masih mencari ruang untuk menulis di ruangan ini kerana telah menyimpan azam yang jitu untuk mengaktifkan semula belog ini. Juga berazam untuk memuat-naik gambar-gambar yang berkaitan supaya tidak kelihatan mendung dan membosankan..(hanya gambar anak-anak yang ada dalam koleksi) :p Hari ini keputusan UPSR telahpun di umumkan dan itu adalah antara sebab ruang di dalam bangunan kawasan pejabat saya ini dipenuhi oleh orang ramai. (Semalam juga, tetapi kerana ada jualan murah di outlet tudung D'Haja-dan saya juga terlibat dalam mengimarahkan lagi acara...) hehehe Teringat akan pengalaman pertama saya lebih kurang 24 tahun yang lalu (err...abaikan angka itu kerana tidak mahu mengaku sudah senior :p ) ketika saya juga menduduki peperiksaan berkenaan di sekolah rendah di kampung kelahiran saya.  Saya juga begitu teruja dan berdebar menantikan detik-detik keputusan

Ragam Anak-Anak (Adegan Si Kakak) Shoot 15, Scene 121-Pujuklah Aku Ibu

Assalamualaikum w.b.t Salam sejahtera. Lama saya tidak menjenguk ke sini lantaran bebanan kerja yang agak melimpah dan kesibukan menguruskan anak-anak yang semakin membesar. (Kenapa begitu klise..?) :p Biasalah, rutin seorang wanita bekerja dan surirumah serta ibu kepada anak-anak yang tengah melasak. (Klise lagi!) :p Hari ini Si Kakak meragam lagi.  Anak dara seorang ini tidak seperti Ibunya sewaktu kecil-suka ke sekolah sehingga Ayah terpaksa merayu guru Tabika bertugas di kampung untuk mengambil saya sebagai anak murid.  Merayu, ok? Dari bangun pagi, harus dipujuk dengan elok agar 'mood' nya tidak melayang.  Geletek sana sini, umpan dengan baju yang akan dipakai untuk ke sekolah hari ini.. Terus di bawa untuk mandi (air sejuk dari kolah jumbo Uwik, semestinya)..pujuk lagi dengan mengatakan bahawa mandi air sejuk itu ialah antibiotik . (Sila abaikan air panas yang dijerang Uwik untuknya-sila simpan untuk Si Adik-bukan bermakna Ibu malas, ok) :p Sesudah mandi,

Ujian dan Rahmat Allah s.w.t Tidak Bertepi

Assalamualaikum w.b.t Salam hormat. Sejak negara dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MAS-MH370, hati saya terbetik dengan pelbagai rasa yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan.  Namun begitu, hanya ketakutan yang bertakung di dada. Sebagai seorang ibu, saya terbayangkan ketakutan seorang anak kecil yang berada dalam penerbangan tersebut.  Sebagai seorang anak, saya dapat rasakan ketakutan seorang ibu, mengenangkan anak yang belum puas dibelai.  Sebagai seorang kakak, saya dapat rasakan ketakutan akan kehilangan darah daging dan orang yang paling rapat.  Sebagai seorang isteri, saya terbayangkan ketakutan dan betapa inginkan suami ada di sisi ketika itu.  Sebagai seorang Islam, saya terbayangkan ketakutan akan bala Allah s.w.t yang diturunkan untuk menyedarkan diri. Dalam ketaksuban kita bergantung kepada kecanggihan teknologi, adakalanya kita terlupa akan ada kuasa yang lebih agung untuk kita bergantung iaitu kuasa ALLAH S.W.T Yang Maha Memiliki, Maha Mengetahui.

Relakan Jiwa

Relakan Jiwa Ku sangka hidupku selamanya kelam, Terbelengu ikatan tanpa manisnya cinta, Memaksa diriku menapaki jalan Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku. Kini kau pun hadir memberi cahaya, Membangunkanku dari suramnya mimpi ngeri, Meruntun hatiku ke palung asmara, Seakan ku hidup kembali dari matiku. Engkaulah cinta yang selama ini aku cari. Ku relakan jiwa 'tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu, Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku, Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku. Seandainya waktu  tak pernah pertemukan aku dengan dirimu, Akan ku biarkan mati hatiku selamanya, Sehingga kau datang membangunkan aku. Tersentuh pula hati Ibu dengar lagu ini, nak.. :(  :(

Masih menunggu

Propa, bukan? Apa lagi yang ditunggu oleh seorang emak budak ini? Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Ya, saya akan terus menunggu.  Apa yang anda tunggu-tunggukan? Sesuatu. Menggembirakan? Ya, pasti.  Tetapi tidak mahu terlalu berharap. Katakan sahaja, kenapa mahu berahsia? (errr...apakah ini dialog filem hitam-putih zaman kelahiranku? ;p ) Sudah!  Berhenti merepek, perempuan! Sekian, saya mahu sambung kerja. (Hek eleeee...itu je? Baik takyah upload pun....) poyo, mencari gaduh (Ada aku kesah?  Blog aku, sukati akulah!) sentap, tahap takbleh bla.. Hmpph! Pencemaran bahasa paling banyak abad ini! Baiklah, ketemu lagi..