Posts

Showing posts from November, 2015

Mencipta Bahagia, Mungkir Bahagia

Hingga ke saat ini, saya masih tidak dapat menaakul apa erti bahagia. Kebahagiaan mungkin boleh dilihat dari mata kasar oleh sesiapa sahaja kerana ia jelas terpancar di wajah dan ditafsirkan melalui gesture atau gerak tubuh seseorang.
Tapi, bagaimana pula dengan individu yang mahir ‘menyembunyikan’ kedukaannya? Adakah ia kelihatan palsu bila digambarkan diwajah?  Bagaimana untuk mentafsir kepalsuan tersebut?
(apa lain macam je topik kali ni, ha..?) :p
Bahagia seorang Ibu ialah apabila melihat anak-anaknya gembira.
Bahagia seorang Ayah ialah apabila melihat keluarganya aman damai dan sempurna.
Bahagia seorang isteri ialah apabila disayangi dan dicintai si suami dengan sepenuh jiwa dan raga serta dilimpahi dengan kesenangan dunia.
Bahagia seorang suami ialah didampingi oleh si isteri yang memahami dan menyenangkan hati. (atau mungkin bila mendapat keizinan untuk ‘menambah cawangan’ hahaha)
Bahagia seorang anak ialah berada dalam sebuah keluarga yang sempurna dari segenap segi.
Bahagia…

Asmara Ini (Sebutan Kes 2)

Bergetar tangan saya memegang pen untuk membalas ‘perutusan’ Si Dia.  Kebiasaan jemari saya yang menulis berlandaskan gerak hati juga seolah-olah tidak memberi kerjasama yang sepatutnya.  Apatah lagi minda saya yang terasa beku dan buntu untuk malakar perkataan yang sesuai bagi menyatakan hasrat saya ketika itu.
Hampir dua minggu surat itu terlipat dalam lembaran Si Buku Hijau, dan hampir setiap malam juga saya curi-curi membacanya. 
Dalam keinginan untuk mengetahui gerangan Si Dia, saya telahpun membuat keputusan untuk menolak pelawaan tersebut kerana beberapa faktor:
1.Saya takut dimarahi Emak jika perkara ini diketahui olehnya, 2.Saya khuatir Si Dia bukan seperti yang saya gambarkan-saya bayangkan dia seorang nerd dan tidak kacak langsung.  Dan tidak romantik berdasarkan ayat-ayat skema di dalam surat yang dikirim kepada saya! Hehehe 3.Saya masih belum bersedia untuk berpacaran (agaknya). 4.Saya menganggarkan Adik tentunya akan mengutuk saya habis-habisan kerana mengandaikan saya tid…

Kadang-Kadang

Kadang-kadang kita rasakan yang kita betul, tapi sebenarnya kita tidak nampak kesalahan diri.
Kadang-kadang kita rasakan kita sudah buat yang terbaik, tapi sebenarnya kita belum sampai lagi ke tahap membanggakan.
Kadang-kadang kita rasakan kita sudah cukup sempurna untuknya, tapi sebenarnya kita masih kekurangan di sisi-Nya.
Kadang-kadang kita berasa sudah cukup bersabar dalam semua perkara, tapi hakikatnya kita tidak dapat menandingi kesabaran para sahabat mahupun Nabi.
Kadang-kadang kita rasakan kita sudah cukup mencintai, tapi hakikatnya kita tidak akan dapat menandingi kecintaan Nabi kepada Yang Esa.
Kadang-kadang kita rasakan kita rasakan sudah cukup berkorban, tapi sebenarnya kita masih jauh dari keikhlasan dalam mengorbankan sesuatu yang kita sayangi.
Kadang-kadang... saya mengantuk ketika bekerja...hahahahah