Posts

Showing posts from February, 2010

hadiah kasih sayang

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Seorang sahabat bersungguh-sungguh mengaturkan pertemuan saya dengannya pada minggu lepas, setelah bertahun kami tidak bertemu. Berikutan jadual waktu saya yang padat, ditambah pula dengan janji saya dengan si dia untuk menaja makan tengahari beliau sepanjang Febuari ini - membuatkan saya semakin hampir tidak berpeluang untuk memperuntukkan sedikit masa untuk sahabat lama saya itu. Akhirnya, saya mengalah setelah beliau bersusah-payah datang ke pejabat dan membuatkan majikan saya terpukau dengan keanggunannya - saya mengalah jua dan berlakulah drama sebabak yang membuatkan saya menitiskan air mata kesyahduan mendengar kisah pilu yang melanda beliau. (ya, saya seorang yang keras hati dan garang..tetapi dalam hati ada taman, tahu? ;P ) Pertemuan kami itu berlangsung selama lebih kurang 3 jam di Starbuck Coffee (maaf boss.... ;P ) dan banyak yang saya pelajari daripada sahabat saya itu. Pengalaman hidupnya yang getir serta kepayahan beliau menyu

D'Kok Eco Camp

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Oh, saya sangat suka kepada gambar ikan ini! (tiba-tiba....) Ikan-ikan ini adalah hasil tangkapan di kolam ikan di chalet keluarga ( D'Kok Eco Camp ) di kampung. lihatlah siripnya yang masih merah itu. sangat segar bukan? Cuba anda teka, berapa besarkah ikan tersebut? ya, ikan yang kedua dari kanan itu (saya terlupa namanya ;P ) adalah lebih kurang sebesar lengan saya (lengan saya besar, tahu? ). memang boleh dijangka ia akan membesar sebegitu rupa kerana saiz kolam yang menjadi habitatnya juga bersaiz sebuah padang bola-menjadikan ikan-ikan tersebut hidup dengan riang dan gembira, lantas membesar dengan sihat. (seperti saya) Bagi penggemar ikan air tawar (sama ada pemancing atau pemakan ikan), anda dipelawa untuk datang menimba pengalaman memancing, menjala, berkayak dan berenang di kolam tersebut. Tidak percaya akan berita canangan saya? lihatlah gambar di sebelah.. ini ialah En. Zul @ Andah. sebenarnya, Andah masih tidak puas hati kerana

cerita cita-cita

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. pagi ini saya dikejutkan dengan dengan mimpi yang ngeri (betulkah ngeri?). seekor panda yang agak besar dijumpai mati di dalam ruang kargo sebuah kapal terbang Boeing 747 yang baru mendarat di KLIA (bagaimana saya tau ia sebuah Boeing 747, sedangkan ia hanya di dalam mimpi? hmm..). apa yang membuatkan ia menjadi sangat sedih adalah kerana di tangan (atau kaki) kanannya terselit satu nota yang tertulis: "andai aku tidak sempat tiba di taman KLCC, tolong semadikan aku di bawah salah satu rumpunan pohon buluh di sekitarnya. sekurang-kurangnya, cita-citaku untuk sampai ke sana telah tercapai.." saya terus berfikir tentang mimpi saya itu dan cuba untuk mencari maksud yang tersirat di sebaliknya. adalah tidak mustahil untuk mendapat mimpi seperti itu kerana sebelum tidur pada malam sebelumnya-saya baru sahaja menonton filem rakaman di televisyen iaitu Kungfu Panda . jadi, saya berhenti berfikir kenapa saya bermimpi tentang si panda itu. apa y