Posts

Showing posts from January, 2010

blog ini penuh kasih sayang dan rasa cinta

salam hormat dan salam sejahtera. cuaca amat cerah dan gemilang pagi ini. walaupun tiada kedengaran burung-burung berkicauan, kokokan ayam jantan di tepi sawah, di sulam dengan suara emak berdendang - menyenaraikan tugas-tugas harian yang patut saya lakukan di rumah pada hari tersebut (oh, tidak!), namun saya amat gembira dan bersyukur kerana masih mampu bernafas dan dikurniakan kesihatan yang baik, Alhamdulillah...syukur kepada Allah. saya amat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang penuh kasih-sayang. seawal sedutan nafas pertama saya ke dunia ini, saya terus dilimpahi rahmat Allah dan kasih-sayang ayah dan emak. punya saudara-mara yang harmoni dan membahagiakan, punya rakan taulan yang sama berkongsi susah-senang...maka tiada alasan untuk saya tidak memberi dan menyulam kasih-sayang saya kepada mereka, atas balasan rasa kasih dan cinta mereka kepada saya selama ini. mengapa saya merepek tentang kasih-sayang dan rasa cinta pula hari ini? kasih-sayang dan cinta boleh diterjemah

kenapa ia dan kenapa baru sekarang...

Image
salam hormat dan salam sejahtera... agak pelik kenapa saya berasa lembut hati untuk menulis di blog ini kerana sekian kalinya seawal umur 13tahun, saya hanya pandai menulis diari (sebuah buku sederhana besar, biasanya digunakan oleh ahli-ahli MLM untuk menulis senarai prospek mereka) yang mana diterjemahkan sepenuhnya dalam bahasa kedua - bahasa Inggeris (alasan supaya ayah dan emak tidak membaca luahan jiwa saya : x ). namun, saya terpaksa akur dengan arus perubahan teknologi zaman ini. justeru menyedari bahawa penulisan di alam maya ini merupakan satu media yang amat popular dan menjadi bahan bualan semua orang diceruk dunia mana pun. (ataupun menyedari bahawa tulisan tangan saya semakin hari semakin cakar ayam..atau cakar hantu..?? sehingga sukar untuk dibaca). maka terjawablah persoalan kenapa di atas. baiklah. sedikit mengenai diri saya dan kenapa the crying pan . nama saya seperti dalam database JPN ialah rafizah binti rawi, berumur (sekarang ini) 31 tahun. (ya, saya tahu-siti