Posts

Langkah Keberanian

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Cuaca tidak menyebelahi saya nampaknya.  Demam, batuk dan selsema setelah enam hari berkampung di hutan.  Kini baru ada semangat untuk bekerja. (Eh?) Hahaha. Nampaknya, bulan Mac dan April merupakan bulan yang amat sibuk untuk saya. Banyak tugasan hakiki yang harus diselesaikan.   Begitu juga dengan tugas-tugas baharu yang harus di titik beratkan. Anak-anak juga turut sibuk dengan sukan, aktiviti sekolah, membuat sibuk di kem Pak Teh dan sebagainya. Selama enam hari saya menyiapkan diri untuk langkah yang seterusnya dalam bidang keusahawanan. Tidak merancang pun untuk bergelar usahawan kerana perasaan yang tidak begitu yakin akan kemampuan diri. Maka, berkampunglah saya selama enam hari bagi menggali kelebihan dan kekurangan diri. Rupa-rupanya, saya memiliki ciri-ciri untuk menjadi usahawan yang berjaya membayar zakat sebanyak RM250k setahun itu! Sungguh. Mereka kata saya berpotensi. Harus di gilap dan

Febuari Bulan Kasih Sayang-Kata Mereka

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam Muhibbah. (Eh, tukar? Hahaha) Rasanya baru semalam saya melompat-lompat kegembiraan apabila melihat percikan bunga api di malam tahun baru, alih-alih bila melihat kalendar kuda di dinding-sudah Febuari pula! Ke mana pergi memori Januari saya pun, saya tidak tahu. Hahahaha. Baik. Mari kita bercerita tentang bulan Febuari yang penuh bunga-bungaan ini.  Walaupun saya bukanlah pemuja bunga-bungaan, namun saya juga mempunyai bunga kesukaan iaitu Tulip. Sekuntum Tulip tidak bermakna apa-apa kepada saya, melainkan sejambak 1000 kuntum atau seladang luas mata memandang! Kahkahkah. (Bercita-cita mahu memiliki berhektar ladang bunga Tulip pelbagai warna bila sudah bersara nanti.  Hihihi) Bunga mawar, sila layu. Hahahah. Bagi saya bulan Febuari adalah bulan yang saya ingati dalam bulan-bulan lain dalam tahun Masehi ini; selain April, Ogos, September dan Oktober. Bulan-bulan tersebut adalah bulan-bulan kelahiran ahli keluarga saya yang '

Tugasan Oh Tugasan!

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Hari ini merupakan hari yang meletihkan fikiran saya. Keletihan minda lebih membebankan daripada keletihan fizikal yang biasa saya tempuhi hampir setiap hari. Saya lebih rela memandu dari Kuala Pilah hingga ke Yugoslavia daripada berfikir dan mengerjakan tugasan yang memerlukan banyak formula serta nama-nama pelik bahan-bahan kimia yang mempunyai pelbagai nama yang setara!  Terasa mahu mengupah seorang pensyarah subjek Kimia berpangkat Doktor serta kacak seperti Fattah Amin dan bersuara jantan   seperti Zul Ariffin untuk menaikkan semangat saya ketika ini! Oh, berhentilah berangan! Hahahaha. Seperti biasa, Encik Google akan menjadi gantian Fattah Amin dan Zul Ariffin.  Walaupun Encik Google banyak membantu, tetapi saya masih keliru tentang ketepatan bahan seperti yang di kehendaki oleh pelanggan yang memesan.  Silap beri maklumat, maka silaplah mereka membuat pembelian.  Jika sudah tersilap membuat pembelian, kemungkinan besar

Hello 2017!

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua. Anak-anak ibu, juga sudah menginjak satu tahun umurnya.  Bersekolah seperti biasa.  Semakin panjang akalnya. Seperti biasa, azam baru tidak akan saya perbaharui ketika ini (hahaha) kerana saya berazam hampir setiap hari. Azam-azam saya kecil sahaja. Seperti mahu menyiapkan dokumen sebutharga dengan sepantas mungkin. Baiklah.  Harus berundur sekarang kerana saya ingin memenuhi tuntutan azam saya sekarang!   Mahu di hantar sebelum 10hb. Januari. Hingga ketemu lagi. Salam hormat.

Disember 2016

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Disember. Begitu cepat masa berlalu.  Datangnya juga tidak disedari. (Adakah selama ini saya berhibernasi?) Hahaha. Disember hanyalah pengakhiran bulan dalam takwim Masehi.  Namun, ia saya anggap bukanlah bulan yang harus di isi dengan acara-acara santai memandangkan di bulan inilah saya dan pasukan kerja akan bertungkus-lumus menghabiskan wang peruntukan kerajaan demi mengisi kantung kewangan syarikat.  Hahaha. Begitu banyak perancangan yang telah dan sedang saya laksanakan untuk tahun akan datang.  Semangat juga seakan segar di siram hujan lebat bulan Disember. Perancangan untuk diri, anak-anak (yang paling mengujakan), keluarga dan syarikat; seolah tidak cukup dua belas bulan yang sedia ada.   Bolehkah saya memandai-mandai mencipta nama bulan yang baru, jadi nanti nama saya akan tercetak dalam buku-buku tawarikh sebagai perempuan yang tidak logik mencipta dan merubah ketetapan kebiasaan? Hahahaha. Baiklah.  Berhenti m

Silaturrahim

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Tanggal 7hb. Disember 2016, saya telahpun ‘sah’ membebaskan diri daripada rantaian di hati, jiwa dan diri. Syukur.  Setelah sekian lama saya menahan dan bersabar dengan ujian tersebut, maka inilah pengakhiran kisahnya setelah bertahun juga saya memendam dan merendam kepayahan hidup berumahtangga.  Sejujurnya, saya tidak menyangka yang saya akan berumahtangga dan mempunyai zuriat seperti hari ini.  Saya juga tidak menduga ujian tertumpah ke atas mahligai ini dan berakhir dalam tempoh yang agak singkat. Tidak mahu mengulas di mana kekurangan dan kepincangannya; saya hanya redha dengan jalan cerita hidup yang telah tersurat sejak di Azali. Mungkin ramai yang telah maklum tentang babak-babak dalam kehidupan saya selama ini.  Mungkin ramai juga yang memuntahkan pelbagai pandangan, curahan hati, dan tidak kurang juga yang mendoakan kebaikan dan menitipkan semangat kepada diri supaya lebih tabah dan bertahan dengan kasih sayan

Cik Siti Jinbara (Maaf, saya tukarkan ia)

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Jarang sekali saya menonton drama tempatan yang berkisarkan mitos Melayu sejak kebelakangan ini di kaca televisyen tempatan  Sementelah hanya garapan cerita Melayu moden dan bersifat fantasi hasil adaptasi dari novel cinta yang melambung ke awan masih mendominasi kebanyakan slot drama di syarikat penyiaran di negara ini. Terpanggil untuk menonton tele movie di malam minggu lepas kerana pelakon utamanya adalah Izara Aishah; juga amat jarang saya lihat lakonannya di kaca televisyen, membuka fikiran saya tentang kewujudan kisah Cik Siti J****g yang di khabarkan mempunyai 99 orang suami. Berdasarkan drama tersebut, Siti di gambarkan sebagai seorang gadis desa yang cantik rupawan dan di cemburui kecantikannya oleh ramai orang.  Di pelihara oleh orang kaya dan bangsawan, di khabarkan mempunyai harta separuh dari kampungnya tersebut. Siti menemui Nenek Kebayan yang tinggal di hutan untuk merawat wajahnya yang hodoh (saya tidak berpelua