Saya cinta keamanan
Assalamualaikum w.b.t Salam 1Malaysia. (wah, patriotik! ;p) Saya tidak bersetuju dengan tajuk di atas (kenapa tiba-tiba sahaja?). Tetapi, ia bukanlah bermaksud selama ini saya tidak cintakan keamanan (oohhh...). Ia juga tidak bersangkut-paut dengan isu panas yang melanda negara kita sekarang. Tidak juga menggangu-gugat semangat kemerdekaan negara kita yang telah 53 tahun bebas dari penjajahan fizikal British. Apatah lagi memporak-perandakan suasana keamanan yang dinikmati oleh majikan saya yang sedang tekun memuat-turun filem terbaru dalam format blue-ray itu (perlukah dinyatakan juga? ;p ). Betul, tiada niat langsung untuk menulis tentang isu keamanan - sementelah ia kelihatan seperti tajuk karangan peperiksaan ujian kelayakan PTD yang jika boleh tidak mahu saya diduduki itu. (oh, minta maaf kepada Tuan-tuan PTD sekalian - anda memang hebat kerana telah lulus ujian itu! ;p ). Dari sudut pandang seorang insan kerdil (yang bertubuh besar) ini, keamanan memba...