Sesuatu yang indah

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.

Adalah sesuatu yang menakjubkan apabila mengetahui ada jantung lain yang berdegup di dalam tubuh saya.  Mengetahui bahawa ada nyawa yang telah disemai dan menunggu masa untuk dilahirkan bagi melihat dunia ini.  Keajaiban ini memang dinantikan bagi setiap pasangan suami isteri bagi melengkapkan tujuan ikatan perkahwinan.  Ini adalah benih suci hasil dari kasih-sayang kami berdua.

Tiada siapa yang lebih gembira dan teruja selain dari Encik Suami apabila melihat hasil ujian air kencing yang positif menunjukkan saya hamil.  Beliaulah yang beriya-iya menyuakan kit penguji tersebut dan menunggu dengan penuh sabar di depan pintu tandas di rumah. ;p Dan dia jugalah yang beriya-iya mengajak saya ke klinik pakar sakit puan yang berhampiran dengan kediaman kami untuk mendapatkan kesahihan ujian tersebut.  Nah, kini kami sudah boleh melihat anakanda kami walaupun baru berusia 7 minggu! 

Harapan kami agar ia akan berkembang dan membesar dengan sihat dan sempurna dan bakal menjadikan rumahtangga kami bercahaya.  Sekarang, sila persiapkan diri kamu untuk menjadi bakal ibu wahai Rafizah..

Hingga ketemu.  Salam hormat.

Comments

Popular posts from this blog

D'Kok Eco Camp

Hello 2017!

Pohon Pine Cypress