Bercerita tentang impian...
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Bila menyentuh tentang impian, saya adalah antara insan yang paling bersemangat untuk membincangkannya. Impian membawa maksud dan pengertian yang amat mendalam kepada saya memandangkan saya begitu sinonim dengan angan-angan. ;p Ini menjelaskan kepada perilaku saya yang suka termenung berisi (konon), dan suka menghabiskan masa menulis sesuatu di atas kertas. Kebiasaan itu juga saya pertanggungjawabkan kepada sistem pendidikan yang saya terima ketika di zaman persekolahan menengah dahulu. Kami didedahkan dengan sistem 'Journal ' dalam subjek Bahasa Inggeris di mana setiap pelajar dikehendaki menulis luahan hati dan perasaan di dalam buku latihan. Sebetulnya, jurnal ini adalah rahsia dan tidak boleh dikongsi dengan sesiapa melainkan guru yang mengajar subjek itu sahaja. (Kadang-kadang, saya yang agak 'tidak makan saman' ini akan curi-curi membaca jurnal orang lain dengan sengaja-selepas dengan sengaja juga menyelongk...