Bercerita tentang impian...
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.
Bila menyentuh tentang impian, saya adalah antara insan yang paling bersemangat untuk membincangkannya. Impian membawa maksud dan pengertian yang amat mendalam kepada saya memandangkan saya begitu sinonim dengan angan-angan. ;p Ini menjelaskan kepada perilaku saya yang suka termenung berisi (konon), dan suka menghabiskan masa menulis sesuatu di atas kertas.
Kebiasaan itu juga saya pertanggungjawabkan kepada sistem pendidikan yang saya terima ketika di zaman persekolahan menengah dahulu. Kami didedahkan dengan sistem 'Journal' dalam subjek Bahasa Inggeris di mana setiap pelajar dikehendaki menulis luahan hati dan perasaan di dalam buku latihan. Sebetulnya, jurnal ini adalah rahsia dan tidak boleh dikongsi dengan sesiapa melainkan guru yang mengajar subjek itu sahaja. (Kadang-kadang, saya yang agak 'tidak makan saman' ini akan curi-curi membaca jurnal orang lain dengan sengaja-selepas dengan sengaja juga menyelongkar meja pelajar lain (terutama pelajar lelaki yang tidak bersekutu dengan saya) dan dengan selamba meletakkan jurnal itu di meja pelajar lain-supaya dapat dosa kering bersama-sama ;p ). Seumpama sebuah catatan harian, kami akan meluahkan apa sahaja yang dirasakan perlu berdasarkan keadaan semasa dan emosi pelajar tersebut. Seperti biasa, saya akan bercerita tentang impian-impian saya di dalamnya.
Bila memikirkan tentang keberkesanan sistem tersebut dan impaknya kepada pelajar terbabit, saya merasakan bahawa ia harus dan amat tepat dipraktikkan kepada pelajar yang sedang meningkat remaja seperti kami ketika itu. Tambahan pula, kepada kami yang belajar dan tinggal di asrama serta berjauhan dengan keluarga (walapun jarak antara Kg. Gentam dan Kg. Talang hanya sekangkang lotong ;p ). Pendekatan itu juga pada hemah saya, membolehkan pihak guru dan pengurusan sekolah memantau pelakuan pelajar-pelajar serta membuatkan pelajar berasa disayangi dan dihargai, serta dapat menyingkirkan rasa rendah diri dan diabaikan kerana dipaksa tinggal di asrama (dan meninggalkan bantal guling busuk dan ketiak emak dirumah) ;p
Berbalik kepada kisah impian, sejak diasuh untuk melahirkan perasaan (dan perasan), sehingga kini, saya masih memasang impian. Namun, impian saya tidaklah setinggi mana. Impian yang dilakarkan kebiasaannya berlandaskan sebuah penanda aras yang mudah dicapai. Sebagai contoh, ingin membeli sebuah buku karangan penulis idola-saya akan berazam untuk mendapatkannya dalam tempoh masa yang ditetapkan - jika saya mensasarkan untuk membelinya pada bulan hadapan, tetap akan dibeli pada bulan hadapan-walaupun ia hanya sebuah komik berharga RM4.90 senaskhah!
Namun, semakin usia meningkat dewasa, saya dapat rasakan impian saya juga turut dewasa bersama. Penanda arasnya juga turut berubah dan matang. Begitu juga dengan amaun pelaburan yang terlibat juga semakin bertambah! Sudah tentu ia melibatkan kewangan kerana setiap apa yang di ingini memerlukan sejumlah wang untuk dilaburkan. Pasti juga ada di antara keinginan dan impian itu tidak memerlukan pelaburan dalam bentuk kewangan seperti ingin menjadi seorang isteri yang taat dan solehah, ingin lebih mengutamakan ibu bapa, menjadi seorang yang lebih produktif dalam kerjaya dan sebagainya. Justeru, kita seharusnya meneliti dan menilai sejauh mana kemampuan kita dalam melaksanakan impian yang kita hajatkan agar ia tidak tersasar dari garis serta kemampuan yang layak untuk diri kita. (Wah, nampak begitu formal penyusunan ayat perenggan di atas! :p )
Impian saya kali ini juga amat mudah. Saya ingin menyediakan sebuah bilik bayi yang lengkap dan selesa untuk bayi yang bakal lahir ini. Justeru, untuk merealisasikan impian saya itu, saya amat bersyukur dan bertuah kerana kali ini saya tidak keseorangan dalam mencapai impian saya. Kesungguhan suami untuk turut membantu amat mengujakan saya. Pasti sudah tergambar di minda akan keadaan bilik yang kami maksudkan itu dihiasi dengan barang-barang yang dihasilkan sendiri oleh kami! (Ya, benar. Tiada katil bayi dari I**A, sudah pasti ;p ) Tidak sabar menanti kelahiran permata hati kami ini kerana kehadirannya nanti juga merupakan salah satu dari impian saya dan suami yang tidak ternilai harganya. Debaran untuk menjalani hidup sebagai seorang ibu juga semakin terasa. Tergambar segala impian baik untuk si kecil dalam meniti kehidupannya sebagai seorang insan dan khalifah di muka bumi ini. Begitu juga dengan segala cabaran dan ujian yang akan kita hadapi dalam memastikan kehidupannya berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.
Dengan itu, saya beranggapan bahawa saya akan terus memasang impian hingga ke akhir hayat saya nanti. Indahnya melakar impian, indah juga perjalanan dan dugaan untuk mencapainya. Cuma saya berharap agar impian saya tidak terus-terusan menjadi angan-angan kerana ia boleh meracun impian itu sendiri. Harapan untuk membaja impian itu seterusnya menuai hasilnya yang manis amatlah ditunggu-tunggu.
Hingga saat ini - selamat memasang impian dan salam hormat.

Comments
Post a Comment