#namagelarankuberiyangmasihrelevan

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.


Ketika saya menulis di belog ini, saya baru sahaja selesai menyapu sawang di ceruk si kuali yang menangis ini.

Ketika memandu ke pejabat pagi Jumaat yang berbahagia ini, saya terkenangkan tentang ketidakboleh upayaan saya mengingati nama individu yang saya temui, sejak seawal umur remaja lagi.
(Ini menjelaskan kenapa saya tidak cemerlang dalam matapelajaran Sejarah di bangku sekolah dahulu!)

Kecenderungan (mungkin kecacatan) ini saya sedari ketika saya gagal mengingati nama individu yang telah berpesan salam kepada Emak dan Ayah saya ketika bertembung di jalanan sewaktu pulang dari sekolah.
Sekolah rendah.
Sekolah menengah.
Err..juga sehingga kini! :p

Antara nama gelaran terawal yang saya berikan ialah:

1. Atuk Tea (disebut tear-koyak) kerana datuk tersebut ada iras seperti Allahyarham Mahmud June yang ketika itu berada dalam iklah teh Lipton.  Jadi, secara automatik, isterinya juga diberi gelaran Uwan Tok Tea..haha.  Sampai sekarang saya terlupa nama mereka ini.  Al-Fatihah.

2. Acik Pisang - bukan kerana dia berniaga pisang atau kerap memberi buah pisang kepada saya, tetapi kerana rumahnya banyak di tanam pokok pisang.  Jadi, senang untuk saya menerangkan tentang beliau kepada Ayah atau Emak.  Padahal, nama arwah ialah Abdul Aziz. Hihi.

3. Acik Suara Kuat - ini memang sangat ketara tambahan pula, hanya beliau sahaja yang bercakap dengan nada suara yang kuat di kampung kami.  Mungkin kerana beliau adalah bekas askar.  Nama sebenar beliau, saya terlupa.

4. Imam Bosnia - ini gelaran yang saya berikan kepada imam muda di surau kariah kami di kampung.  Puncanya, beliau sangat hafaz dan fasih membaca doa untuk di hadiahkan kepada penduduk-penduduk di Bosnia Herzegovina yang ketika itu mendapat perhatian dunia berkenaan peperangan dan penindasan ketika itu, tetapi terlupa pula akan doa kepada kedua ibubapa! Hihi. Pun saya kurang ingat namanya beserta ibu beliau ketika itu.  Lalu, Ayah dan Emak akan faham siapa yang saya maksudkan jika saya menyebut Emak Imam Bosnia, abang Imam Bosnia yang itu, yang ini, dan sebagainya.  Tapi sekarang saya sudah ingat namanya iaitu Acu Liza dan ibunya Acik Ombong.  Hihi.

5. Acik Towel - pakcik ini kerap saya ketemu di jalanan dengan tuala mandi di bahu.  Pakcik ini selalu juga menahan kenderaan untuk dia tumpangi untuk ke pekan.  Sehingga kini, saya tidak tahu namanya.


Begitulah adanya.



Comments

  1. good one lang! u made my day..hihihi..

    ReplyDelete
  2. kahkahkah..tetiba teringat pulak kak..
    sekarang, tidak berani menggelar orang lagi! hahahah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

D'Kok Eco Camp

Ditempat Baru (Lagi)

kenapa ia dan kenapa baru sekarang...