Tugasan Oh Tugasan!

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.

Hari ini merupakan hari yang meletihkan fikiran saya.
Keletihan minda lebih membebankan daripada keletihan fizikal yang biasa saya tempuhi hampir setiap hari.

Saya lebih rela memandu dari Kuala Pilah hingga ke Yugoslavia daripada berfikir dan mengerjakan tugasan yang memerlukan banyak formula serta nama-nama pelik bahan-bahan kimia yang mempunyai pelbagai nama yang setara!  Terasa mahu mengupah seorang pensyarah subjek Kimia berpangkat Doktor serta kacak seperti Fattah Amin dan bersuara jantan seperti Zul Ariffin untuk menaikkan semangat saya ketika ini!

Oh, berhentilah berangan! Hahahaha.

Seperti biasa, Encik Google akan menjadi gantian Fattah Amin dan Zul Ariffin.  Walaupun Encik Google banyak membantu, tetapi saya masih keliru tentang ketepatan bahan seperti yang di kehendaki oleh pelanggan yang memesan.  Silap beri maklumat, maka silaplah mereka membuat pembelian.  Jika sudah tersilap membuat pembelian, kemungkinan besar ujikaji yang di buat tidak menjadi.  Lebih teruk lagi, jika tersilap berujikaji-meletup pula makmal tersebut!  Lebih tragis, jika makmal meletup-ada pula mangsa yang cedera, berdarah sana-sini! 

Oh, tidak sanggup membayangkan!  Sila hentikan babak-babak ngeri filem seram sebagai permulaan tahun 2017! :p

Lebih mudah juga menjadi Chef yang memasak makanan seperti yang di kehendaki oleh pelanggan.  Tambahan pula situasi di negara kita ini yang tidak kisah sangat dengan rasa dan persembahan pinggan (boleh faham bukan? Hahaha) dan rasa yang harus bertaraf 28 bintang.  Sementelah, batu yang bersalut tepung juga akan mempunyai peminat dan pemakan tegar-ya, makan tepung sahaja dan abaikan batunya! Kahkahkah.
Lagi pula, kalau tidak sedap dan tidak menepati citarasa-tiada yang mahu meminta untuk di masak semula mengikut kehendak pelanggan.  Berani kamu mahu berbuat begitu?  Tidak tahu apa yang dilakukan oleh mereka di bahagian dapur sana! Hahahaha..berfikiran buruk pula.

Baiklah.  Entri kali ini agak santai (dan menjelekkan), sekadar menghabiskan masa sebelum kehabisan bateri komputer riba!  Hahahaha.

Juga sudah dapat merasakan yang saya tidak akan berpuas hati dengan pengakhiran drama Lara Cinta Ameena malam ini!  Geram pula.  Seperti tidak cukup pengisian pada skripnya.  Tidak kuat. Mungkin juga kerana pengarah telah mencincang-cantas skrip demi memenuhi keperluan slot yang tidak panjang.  Juga mungkin atas sebab bajet?  

Wah, sudah berangan seperti dialah Aziz Jahpin atau Syed Alwi Syed Hassan pula!

Hahahahaha.  Sudahlah ya.  Baik kita fikirkan apa yang hendak di masak untuk makan malam nanti sambil menantikan episod akhir drama itu.

Sekian.  Hingga ketemu lagi!

Comments

Popular posts from this blog

D'Kok Eco Camp

Pohon Pine Cypress

Hello 2017!