blog ini penuh kasih sayang dan rasa cinta
salam hormat dan salam sejahtera. cuaca amat cerah dan gemilang pagi ini. walaupun tiada kedengaran burung-burung berkicauan, kokokan ayam jantan di tepi sawah, di sulam dengan suara emak berdendang - menyenaraikan tugas-tugas harian yang patut saya lakukan di rumah pada hari tersebut (oh, tidak!), namun saya amat gembira dan bersyukur kerana masih mampu bernafas dan dikurniakan kesihatan yang baik, Alhamdulillah...syukur kepada Allah. saya amat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang penuh kasih-sayang. seawal sedutan nafas pertama saya ke dunia ini, saya terus dilimpahi rahmat Allah dan kasih-sayang ayah dan emak. punya saudara-mara yang harmoni dan membahagiakan, punya rakan taulan yang sama berkongsi susah-senang...maka tiada alasan untuk saya tidak memberi dan menyulam kasih-sayang saya kepada mereka, atas balasan rasa kasih dan cinta mereka kepada saya selama ini. mengapa saya merepek tentang kasih-sayang dan rasa cinta pula hari ini? kasih-sayang dan cinta boleh diterjemah...