kenapa ia dan kenapa baru sekarang...





salam hormat dan salam sejahtera...




agak pelik kenapa saya berasa lembut hati untuk menulis di blog ini kerana sekian kalinya seawal umur 13tahun, saya hanya pandai menulis diari (sebuah buku sederhana besar, biasanya digunakan oleh ahli-ahli MLM untuk menulis senarai prospek mereka) yang mana diterjemahkan sepenuhnya dalam bahasa kedua - bahasa Inggeris (alasan supaya ayah dan emak tidak membaca luahan jiwa saya : x ).



namun, saya terpaksa akur dengan arus perubahan teknologi zaman ini. justeru menyedari bahawa penulisan di alam maya ini merupakan satu media yang amat popular dan menjadi bahan bualan semua orang diceruk dunia mana pun. (ataupun menyedari bahawa tulisan tangan saya semakin hari semakin cakar ayam..atau cakar hantu..?? sehingga sukar untuk dibaca). maka terjawablah persoalan kenapa di atas.


baiklah. sedikit mengenai diri saya dan kenapa the crying pan.


nama saya seperti dalam database JPN ialah rafizah binti rawi, berumur (sekarang ini) 31 tahun. (ya, saya tahu-siti nurhaliza berumur 30 tahun) dan masih menjadi tanggung jawab kedua ibu bapa saya. tinggal di pinggir kota metropolitan (sebenarnya tidak) bersama seorang bodyguard tidak bertauliah-iaitu adik saya yang sangat macho lagaknya. saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan mempunyai pengalaman selama lebih dari 5 tahun dalam bidang pemasaran dan business development (untuk perhatian bakal majikan yang boleh menawarkan gaji rm15k sebulan..hehehh) dan kebiasaan tumpuan akaun saya adalah dalam bidang IT (information technology) dalam sektor kerajaan.


the crying pan di adaptasikan (betulkah?) seawal tahun 2007 di mana saya amat kasihan melihat kuali sulung saya yang amat menderita kerana asyik digunakan untuk memasak setiap hari. saya abadikan nama tersebut di dalam diari (buku catatan ahli MLM) tersebut dan terus menggunakan nama itu hingga ke hari ini. memandangkan hanya kuali itu sahaja yang boleh digandingkan bersama dapur elektrik dirumah ketika itu, maka tiada objek lain yang sesuai untuk saya menyerlahkan bakat memasak saya-melainkan menggunakan si kuali murah ini. tambahan pula saya tidak suka menyimpan banyak alatan-alatan yang tidak patut dan menyaksikan 'kura-kura memanjat dinding' dan mungkin akan mencemarkan pemandangan di dapur saya.


saya akan cuba untuk memuat naik gambar si kuali yang menderita ini di masa akan datang setelah meminta khidmat jurugambar profesional bagi memaparkan efek yang amat cantik (supaya saya tidak dituduh mendera si kuali ini) walaupun hakikatnya sebelah pemegang kuali ini telah patah, dengan sumbing sedikit akibat terjatuh, keadaan dasar kuali yang calar-balar dan ditambah pula dengan cat kuali yang terkopek (kedengaran amat kejam bukan?).


nampaknya, ini hanyalah mukadimah yang boleh saya coretkan untuk kali ini. harap saya dapat menambah kenalan dan bertukar-tukar pendapat di samping berceloteh di depan komputer seorang diri (kelihatan seperti perempuan gila bukan :P ). saya akan cuba menggunakan bahasa ibunda sepenuhnya di dalam penulisan ini-jadi si diari hijau saya tidak akan merasa cemburu kerana saya sudah khabarkan kepadanya bahawa ia adalah sebuah buku nota kacukan Inggeris dan Cina..


sehingga itu, salam hormat dan salam sejahtera semua.













Comments

  1. kenapa? haa.. yang ini kita tak tau..
    kalau nak tau, pi www.revoevents.blogspot.com.
    promote la pulak.. hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

D'Kok Eco Camp

Hello 2017!

Pohon Pine Cypress