D'Kok Eco Camp


Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.

Oh, saya sangat suka kepada gambar ikan ini! (tiba-tiba....)

Ikan-ikan ini adalah hasil tangkapan di kolam ikan di chalet keluarga (D'Kok Eco Camp) di kampung. lihatlah siripnya yang masih merah itu. sangat segar bukan?

Cuba anda teka, berapa besarkah ikan tersebut? ya, ikan yang kedua dari kanan itu (saya terlupa namanya ;P ) adalah lebih kurang sebesar lengan saya (lengan saya besar, tahu? ). memang boleh dijangka ia akan membesar sebegitu rupa kerana saiz kolam yang menjadi habitatnya juga bersaiz sebuah padang bola-menjadikan ikan-ikan tersebut hidup dengan riang dan gembira, lantas membesar dengan sihat. (seperti saya)


Bagi penggemar ikan air tawar (sama ada pemancing atau pemakan ikan), anda dipelawa untuk datang menimba pengalaman memancing, menjala, berkayak dan berenang di kolam tersebut.


Tidak percaya akan berita canangan saya? lihatlah gambar di sebelah..
ini ialah En. Zul @ Andah. sebenarnya, Andah masih tidak puas hati kerana gagal menangkap ikan keli yang sangat besar di dalam kolam itu. beliau asyik menyalahkan jaring yang berlubang di sana-sini, justeru menyumbang kepada kegagalan beliau untuk menangkap ikan yang amat jaguh ketika berada di dalam lumpur itu.
Akhirnya, Andah terpaksa berpuas hati dengan tangkapan pada hari tersebut...
nasib ikan-ikan itu akhirnya tergadai jua di dalam kuali Kak Ju dan menjadi santapan mereka yang dari seawal 8 pagi meredah kolam itu...





Inilah kolam yang dimaksudkan itu. gambar ini di ambil selepas acara menjaring/mengejar ikan. sebab itulah airnya kelihatan tidak menarik untuk di adakan aktiviti skuba, apatah lagi untuk terjun tiruk.



Chalet yang anda lihat di dalam gambar ini adalah sebahagian daripada penempatan di D'Kok Eco Camp. ia menawarkan chalet berhawa dingin, penginapan keluarga, dormitory, rumah induk (untuk keluarga besar....punya), tapak perkhemahan serta dewan. aktiviti-aktiviti lain juga disediakan seperti jungle tracking, berkayak, melastik burung (saya pun belum cuba aktiviti ini), menoreh getah (aktiviti yang amat digemari pelancong dari Jepun), dan pelbagai permainan tradisi kegemaran ahli keluarga pengasas D'Kok Eco Camp ini (galah panjang adalah dalam senarai - wajib ada).



Yang ini pula adalah gambar salah satu daripada aktiviti yang dijalankan di sana. terima kasih kepada En. Khairol @Andak untuk gambar yang menarik ini.

saya akan cuba untuk memuat-naik gambar aktiviti lain yang berlaku di D'Kok Eco Camp ini di masa akan datang. atau anda boleh juga melayari laman sosial facebook saya dan lihat di dalam album yang saya sertakan di situ.

Dan di bawah ini pula adalah wajah-wajah ceria yang sangat suka dengan aktiviti BBQ yang mereka anjurkan di sini...terima kasih juga kepada revoevents di atas kesudian untuk membenarkan saya menggunakan gambar ini di ruangan blog saya.

Sekian sahaja untuk kali ini. semoga bertemu di lain masa.
selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia!
Salam hormat.







































































































































































































































































































































































Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hello 2017!

Pohon Pine Cypress