kisah syurgaku
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Saya digambarkan sebagai seorang yang mudah mesra, peramah dan lebih kepada kepala angin (?). Namun, sangat sedikit di kalangan orang-orang yang mengenali saya, betul-betul memahami saya. Tidak siapa yang tahu (sekarang mungkin ada yang tahu) bahawa saya suka menulis. Sedari umur 14 tahun, saya sudah mula berjinak-jinak untuk menulis. Namun, ia terhad kepada penulisan bebas dan boleh dikatakan agak tunggang langgang dan mengikut kata hati sepenuhnya. Saya menulis untuk diri sendiri. Kepuasan datang apabila pena berada dalam genggaman jemari saya. Walau karya itu hanyalah sepotong ayat, namun ia cukup untuk menggambarkan situasi saya ketika itu. Tulisan saya tidak disiarkan di mana-mana atau dibaca oleh umum. Karya saya adalah cetusan diari kehidupan peribadi saya. Kepuasan saya adalah apabila saya membacanya semula. Saya belajar juga dari penulisan yang lalu. Saya dewasa b...