kisah syurgaku

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.

Saya digambarkan sebagai seorang yang mudah mesra, peramah dan lebih kepada kepala angin (?).  Namun, sangat sedikit di kalangan orang-orang yang mengenali saya, betul-betul memahami saya.  Tidak siapa yang tahu (sekarang mungkin ada yang tahu) bahawa saya suka menulis.  Sedari umur 14 tahun, saya sudah mula berjinak-jinak untuk menulis.  Namun, ia terhad kepada penulisan bebas dan boleh dikatakan agak tunggang langgang dan mengikut kata hati sepenuhnya. 

Saya menulis untuk diri sendiri.  Kepuasan datang apabila pena berada dalam genggaman jemari saya.  Walau karya itu hanyalah sepotong ayat, namun ia cukup untuk menggambarkan situasi saya ketika itu.  Tulisan saya tidak disiarkan di mana-mana atau dibaca oleh umum.  Karya saya adalah cetusan diari kehidupan peribadi saya.  Kepuasan saya adalah apabila saya membacanya semula.  Saya belajar juga dari penulisan yang lalu.  Saya dewasa bersamanya.  Namun, peradaban manusia dan teknologi yang kian maju memaksa saya untuk berlari bersamanya.  Lantas, menempatkan diri bersama-sama mereka yang mengadaptasikan teknologi dalam kehidupan-membolehkan diri untuk sama-sama menikmati manisnya perubahan zaman dan teknologi.

Kisah Syurgaku merupakan sebuah catatan kehidupan saya bersama si dia.  Permintaan yang penuh pengharapan dari seorang insan yang saya cintai dan kasihi.  Walaupun awalnya si dia tidak mengetahui kecenderungan saya dalam menulis, namun si dia seolah maklum dan mahu saya mengadaptasikan kisah kami di dalam sebuah nota untuk beliau membacanya.  Agak merisaukan kerana saya sudah mempunyai Si Diari Hijau dan juga The Crying Pan ini.  Timbul juga persoalan tentang bahasa apakah yang akan saya gunakan dalam penulisan kali ini.  Si Diari Hijau di dalam Bahasa Inggeris, The Crying Pan  di dalam Bahasa Melayu, dan Kisah Syurgaku? Bahasa Mandarin mungkin?

Permintaan yang luhur itu saya penuhi walaupun terpaksa duduk dimeja dan mengimbau semula masa lampau kami bersama untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan.  Auranya mungkin tidak seindah ketika momen itu berlaku, namun setiap bait ayat cuba dianyam agar secantik dan seindah mungkin walaupun tidak sehalus tenunan sutera Cina. (apa ni?) <-- ini ialah contoh ayat 'potong stim betullah...!'

Namun begitu, Kisah Syurgaku tidak akan disiarkan dalam mana-mana medium melainkan untuk tatapan dan bacaan si dia sahaja.  Hasratnya agar kisah kami akan dapat didengar oleh generasi kami yang akan datang.  Kisah kami menemui kebahagiaan.  Kisah kami menentang cabaran dan halangan atas kebahagiaan yang kami kecapi.  Harapan dan cita-cita kami.  Kisah sepotong peria dan secawan madu kami. (macam pernah didengar?).  Maka, terlahirlah makalah kisah kami berlandaskan rasa cinta, kasih dan sayang serta rindu dendam yang terbit dari hati dan tergambar di mata.  Semoga perasaan itu dapat dirasa oleh mereka yang berhak untuk membacanya kemudian hari.

Kepada si dia, terima kasih kerana memberi peluang untuk saya berkongsi kebahagiaan.  Terima kasih juga kerana sudi memberikan cinta dan sayang untuk kita bina kebahagiaan itu bersama-sama.  Kisah kita bermula dengan izin Allah s.w.t dan dengan izin-Nya jugalah kita berharap agar restu-Nya jua akan mengiringi kebahagiaan kita sehingga akhir nanti.

Semoga syurga saya kekal bersama abang.

Salam sayang dan rasa cinta dari kami berdua. (wah, sudah berdua pula...kena letak tajuk sebagai The Crying PanS (with 'S' ) la pulak... ;P) <--untuk makluman, belum rasmi lagi ni..kekasih-kekasih gelapku masih ada peluang mencuba (kalau berani)...hahahahah

Salam hormat. :)




Comments

Popular posts from this blog

D'Kok Eco Camp

Hello 2017!

Pohon Pine Cypress