selamat hari guru -> edisi tren terlewat sbb sangkut kat area titiwangsa (agaknya)
Assalamualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia. Dalam kesuraman cahaya lampu di opis (kerana terbakar sebab lama tidak tutup ;P ) tiba-tiba saya terkenang kepada zaman persekolahan saya dalam era 1980-an dahulu. Ya, di mana zaman rock kapak sedang mula mengembangkan sayapnya - justeru kemunculan Kumpulan Wings bersama Awie yang tidak nampak ganas seperti sekarang ;P. Tulisan kali ini juga disokong dengan kesungguhan anak buah (Al-Ammar Harith) dengan aksi yang sangat comel (bersama giginya yang telah hilang sebatang akibat dicuri oleh tooth fairy ) bercerita tentang pasukan bolasepak guru sesi petang sekolahnya yang kalah dalam pertandingan menentang pasukan guru sesi pagi. Saya mula mengenal sekolah alam persekolahan ketika seawal umur 5 tahun - ketika saya mula mengikut @ membontoti kakak sepupu saya ( mummy Al-Ammar Harith) untuk ke sekolah. Agak mengecewakan pada mulanya kerana saya enggan diterima kerana masih belum cukup umur....