Projek 1: Siap dengan jaya
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Kali terakhir saya bersengkang mata adalah ketika mentelaah subjek Sejarah untuk peperiksaan SPM. Ya, matapelajaran itu sahajalah yang membuatkan saya dengan rela hati dan redha, menupang kelopak mata yang sepet dengan sebatang kayu mancis. ;p Betul, matapelajaran lain dan peperiksaan apa jua selain SPM dan Sejarah adalah tidak perlu bersusah-payah kerana memang lumrah bahawa saya tidak pernah ambil berat tentang mendapat markah yang tinggi di dalam peperiksaan kerana memegang erat prinsip: "Tidak semestinya orang yang skor sangat cemerlang seperti pelangi pagi selepas hujan akan sangat cemerlang dalam kehidupan dan kerjaya". Dan, kerana terlalu mengambil berat akan matlamat ingin skor cemerlang seperti 5.00 atau 28 A1 dalam peperiksaan, maka akan belajar hingga 48jam sehari. Akhirnya, terlewat masuk ke dewan peperiksaan, lantas blank dan tidak dapat menjawab soalan peperiksaan, sehingga akhirnya menjadi kurang siuman sehingga...