Projek 1: Siap dengan jaya

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.

Kali terakhir saya bersengkang mata adalah ketika mentelaah subjek Sejarah untuk peperiksaan SPM.  Ya, matapelajaran itu sahajalah yang membuatkan saya dengan rela hati dan redha, menupang kelopak mata yang sepet dengan sebatang kayu mancis. ;p  Betul, matapelajaran lain dan peperiksaan apa jua selain SPM dan Sejarah adalah tidak perlu bersusah-payah kerana memang lumrah bahawa saya tidak pernah ambil berat tentang mendapat markah yang tinggi di dalam peperiksaan kerana memegang erat prinsip: "Tidak semestinya orang yang skor sangat cemerlang seperti pelangi pagi selepas hujan akan sangat cemerlang dalam kehidupan dan kerjaya". Dan, kerana terlalu mengambil berat akan matlamat ingin skor cemerlang seperti 5.00 atau 28 A1 dalam peperiksaan, maka akan belajar hingga 48jam sehari.  Akhirnya, terlewat masuk ke dewan peperiksaan, lantas blank dan tidak dapat menjawab soalan peperiksaan, sehingga akhirnya menjadi kurang siuman sehingga sanggup mengusung fail dan buku sambil membaca di tengah-tengah kesibukan jalan di Kuala Lumpur. ;p 

Peluang menjaga Ayah yang kurang sihat membolehkan saya mengatur aktiviti susulan projek yang lepas dengan agak senggang.  Almari di rumah telah dibongkar dengan senyap (kerana Ayah dan Emak tidur di bilik itu) dan dengan pantas memilih pakaian yang tidak boleh dipakai lagi kerana gen The Incredible Hulk telah menyelinap masuk ke dalam badan saya dan berkembang dengan jayanya. ;p

Selesai membongkar, saya bertukar menjadi Edward Scissorhands pula dan mencabut semua butang, zip dan renda yang terdapat pada pakaian-pakaian tersebut untuk digunapakai dalam aktiviti projek seterusnya.  Nah, sekarang anda lihat ya wahai Rafizah-bagaimana kaitan subjek-subjek yang di ajar di sekolah akhirnya berguna dalam kehidupan seharian kamu? (Tidak perlu skor A++++++ bukan?) ;p <-- dasar perempuan yang malas mengulangkaji!

Baiklah, projek seterusnya akan berlangsung hari ini, ya hari ini di mana saya akan mula merangka reka apa yang ingin di jahit menggunakan baju-baju yang tidak boleh dipakai lagi itu (sila abaikan aroma yang secara tidak sengaja dihidu pada bahan-bahan tersebut :P )  Eh, tolong ye!  Saya memakai minyak wangi gred A+++ tahu? huhuhu (tiba-tiba terasa hati ;p )

Baiklah, baiklah.  Jangan bermonolog sendiri lagi.  Sila jalankan tanggungjawab sosial anda.

Hingga ketemu dan salam hormat.

Comments

Popular posts from this blog

D'Kok Eco Camp

Hello 2017!

Pohon Pine Cypress