Edisi kuih-muih
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Menghabiskan masa cuti berpantang membolehkan saya menyelongkar bahan-bahan yang telah berhabuk di dapur. Lama tidak memegang periuk dan lesung batu. Jadi, hari ini baru berkesempatan untuk mengemaskan bahagian paling penting dalam sesebuah rumahtangga-dapur; kata suami saya. Namun, entri kali ini saya akan 'kemaskan' gambar-gambar lama masakan yang terkandung dalam folder komputer riba yang lama ditinggalkan. Kuih-muih yang saya usahakan itu sebenarnya sudah lama dan bersawang di halaman sosial saya yang terdahulu, tetapi baru kali ini saya teringat dan terdetik hati untuk memaparkannya di sini. Seperti biasa, tiada resepi dan cara-cara membuatnya saya sertakan di sini kerana semua resepi saya ambil dari ihsan laman sesawang myresepi yang popular tersebut. Jadi, kita cuci mata sahajalah di sini. InsyaAllah, saya akan sertakan resepi jika ada masakan dan resepi yang tidak terdapat di dalam laman sesawang ...