Edisi kuih-muih

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.

Menghabiskan masa cuti berpantang membolehkan saya menyelongkar bahan-bahan yang telah berhabuk di dapur.  Lama tidak memegang periuk dan lesung batu.  Jadi, hari ini baru berkesempatan untuk mengemaskan bahagian paling penting dalam sesebuah rumahtangga-dapur; kata suami saya.

Namun, entri kali ini saya akan 'kemaskan' gambar-gambar lama masakan yang terkandung dalam folder komputer riba yang lama ditinggalkan.  Kuih-muih yang saya usahakan itu sebenarnya sudah lama dan bersawang di halaman sosial saya yang terdahulu, tetapi baru kali ini saya teringat dan terdetik hati untuk memaparkannya di sini. 

Seperti biasa, tiada resepi dan cara-cara membuatnya saya sertakan di sini kerana semua resepi saya ambil dari ihsan laman sesawang myresepi yang popular tersebut.  Jadi, kita cuci mata sahajalah di sini.  InsyaAllah, saya akan sertakan resepi jika ada masakan dan resepi yang tidak terdapat di dalam laman sesawang tersebut.





Ini ialah Kuih Apam Kukus
Ini pula ialah Kuih Lapis Kukus (yang tidak seberapa kejadiannya)



Saya paling suka Kuih Cakoi yang saya buat ini
Ini sebenarnya ialah Kuih Lapis.  Bukan hasilan tangan saya, tetapi Si Suami. Ya, beliau malas nak buat lapisan dengan banyak, jadi-ini sebenarnya ialah Kuih Lapis Townhouse

Sebelum ia siap dimasak, Suami mengatakan dia ingin memasak Otak-Otak Udang, tetapi saya tidak pula terlihat sehelai pun daun kelapa untuk dijadikan kulit luarnya.  Kesimpulannya, saya menggelarkan ia bergedil udang Sabah.  Ia sangat sedap kerana kaya dengan isi udang sahaja.  Hanya sedikit tepung digunakan.  Memang puas hati bagi orang yang tidak meminati udang seperti saya. ;p

Cukup setakat ini dahulu.  Salam hormat.

Comments

Popular posts from this blog

D'Kok Eco Camp

Hello 2017!

Pohon Pine Cypress