Hobi yang tertangguh

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.

Berpinau, muak, jelak.

Bulan lepas saya telah khatam bacaan novel-novel oleh Sophie Kinsella kemudian Cecilia Ahern dan sekarang rasa mahu muntah pun ada.  Berhenti.  Sebetulnya perpustakaan tersebut sudah kehabisan hasil tulisan penulis-penulis berkenaan.

Melakukan pembacaan berbahasa Inggeris kerana lidah sudah kejang berbahasa "Geyet" dan khuatir anak-anak juga akan menurut jejak langkah.

Menjengah Perpustakaan Desa pula, tertegun.  Apakah ini?  Beratus novel-novel berbahasa Melayu tersusun di hadapan mata, lalu bertanya kepada si Haya:  "Kakak, dari mana Ibu nak mulakan ni?"  Nyata, tiada jawapan dari anak yang berusia 2 tahun itu.

Dengan azam tertanam di dada, saya memejamkan mata dan mengambil secara rambang sebuah buku dari rak paling atas. 

Nah, ambik kau.  Tebal giler.. masak, masak..

Sekian.

p.s:  Jika ada pertandingan membaca paling banyak buku, sila ambil saya.  Enam buah buku selama sebulan adalah rekod saya paling banyak setakat ini.  (Tidak termasuk buku resepi, boleh?) :p

Comments

Popular posts from this blog

D'Kok Eco Camp

Hello 2017!

Pohon Pine Cypress