Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua. Anak-anak ibu, juga sudah menginjak satu tahun umurnya. Bersekolah seperti biasa. Semakin panjang akalnya. Seperti biasa, azam baru tidak akan saya perbaharui ketika ini (hahaha) kerana saya berazam hampir setiap hari. Azam-azam saya kecil sahaja. Seperti mahu menyiapkan dokumen sebutharga dengan sepantas mungkin. Baiklah. Harus berundur sekarang kerana saya ingin memenuhi tuntutan azam saya sekarang! Mahu di hantar sebelum 10hb. Januari. Hingga ketemu lagi. Salam hormat.
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Cuaca tidak menyebelahi saya nampaknya. Demam, batuk dan selsema setelah enam hari berkampung di hutan. Kini baru ada semangat untuk bekerja. (Eh?) Hahaha. Nampaknya, bulan Mac dan April merupakan bulan yang amat sibuk untuk saya. Banyak tugasan hakiki yang harus diselesaikan. Begitu juga dengan tugas-tugas baharu yang harus di titik beratkan. Anak-anak juga turut sibuk dengan sukan, aktiviti sekolah, membuat sibuk di kem Pak Teh dan sebagainya. Selama enam hari saya menyiapkan diri untuk langkah yang seterusnya dalam bidang keusahawanan. Tidak merancang pun untuk bergelar usahawan kerana perasaan yang tidak begitu yakin akan kemampuan diri. Maka, berkampunglah saya selama enam hari bagi menggali kelebihan dan kekurangan diri. Rupa-rupanya, saya memiliki ciri-ciri untuk menjadi usahawan yang berjaya membayar zakat sebanyak RM250k setahun itu! Sungguh. Mereka kata saya berpotensi. Harus...
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Jarang sekali saya menonton drama tempatan yang berkisarkan mitos Melayu sejak kebelakangan ini di kaca televisyen tempatan Sementelah hanya garapan cerita Melayu moden dan bersifat fantasi hasil adaptasi dari novel cinta yang melambung ke awan masih mendominasi kebanyakan slot drama di syarikat penyiaran di negara ini. Terpanggil untuk menonton tele movie di malam minggu lepas kerana pelakon utamanya adalah Izara Aishah; juga amat jarang saya lihat lakonannya di kaca televisyen, membuka fikiran saya tentang kewujudan kisah Cik Siti J****g yang di khabarkan mempunyai 99 orang suami. Berdasarkan drama tersebut, Siti di gambarkan sebagai seorang gadis desa yang cantik rupawan dan di cemburui kecantikannya oleh ramai orang. Di pelihara oleh orang kaya dan bangsawan, di khabarkan mempunyai harta separuh dari kampungnya tersebut. Siti menemui Nenek Kebayan yang tinggal di hutan untuk merawat wajahnya yang hodoh (saya tidak...
Comments
Post a Comment