Pembacaan Berhemah

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.

Masih ingat perihal buku novel tebal yang di ambil secara rambang di rak buku perpustakaan desa yang lepas?

Novel berketebalan sebanyak 1029 mukasurat itu telah berjaya saya habiskan pembacaannya.  Ternyata pilihan saya tidak mengecewakan.

'Dari Milan Ke Maran'  benar-benar membuat saya berfikir dan mengambil iktibar tentang apa yang diperkatakan oleh penulisnya - Norhayati Berahim.

Tidak seperti novel-novel biasa di pasaran, saya amat berminat dan kagum dengan penulisan penulis ini.  Berkisar tentang situasi semasa dan tidak terlalu serius, malah diselitkan dengan unsur-unsur positif tentang keagamaan, politik, kenegaraan dan isu-isu semasa; digarap dengan baik sekali.  Amat sesuai dijadikan bahan bacaan santai tidak kira peringkat usia.

Saya kira, buku ini harus dibaca oleh bakal-bakal politikus atau yang sudah bergelar YB kerana banyak pengajaran dan pandangan-pandangan penulis yang saya kira amat bernas dan harus dicontohi.  Tidak keterlaluan jika saya katakan buku ini adalah luahan hati penulis secara jujur dan tidak harus di ambil mudah.

Jika mahu dibandingkan dengan karya-karya Sophie Kinsella dan Cecilia Ahern yang mementingkan nilai komersil semata - saya rasa karya Norhayati Berahim lebih membawa kita untuk berfikir serta muhasabah diri selain hanya menikmati jalan cerita yang kadangkala membawa kita cuai dan leka..

Satu lagi karya Norhayati Berahim - Roti Canai Salad Taco, hampir tiba ke penghujung bacaan..

P.s : Tertunggu juga karya baru Ramlee Awang Mursyid..

Sekian.  Salam hormat.

Comments

Popular posts from this blog

D'Kok Eco Camp

Hello 2017!

Pohon Pine Cypress