Assalamualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia. Memandangkan cuti umum yang datang berderet-deret, memaksa saya menyibukkan diri di dapur. Jadi, inilah aktiviti saya - menyagat, menggoreng pisang nangka untuk dijadikan kerepek pisang. Inilah hasilnya... Dan ini pula, masih kerepek pisang, tetapi setelah penyagat terjatuh ke dalam kuali berisi minyak panas dan gagal diselamatkan, maka saya telah menukar pisaunya dan menyagat bentuk kerepek ubi! Tapi, masih ok dan disira dengan cili dan gula. Haya sukakannya!