Cendawan Busut

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.


Kenal akan tumbuhan ini?








 Berdasarkan kenyataan Ayah, tumbuhan ini dikenali sebagai Cendawan Busut.  Menurut Ayah, ia hanya tumbuh sesudah petir dan hujan menyimbah tanah lembut.

Agak jarang ditemui.  Tetapi amat sedap dimakan!

Menurut Ayah lagi, cendawan ini dihasilkan daripada aktiviti Sang Anai-Anai di dalam tanah dan kebiasaannya ia tumbuh dengan banyak di kawasan tanah yang lembut.

Tapi, kali ini berbeza.  Cuba perhatikan dengan teliti gambar-gambar di atas.  Imej bayang-bayang kelihatan ketara bukan?

Ya, memang benar.  Itu adalah imej bayang-bayang tangan saya yang sedang memetik butang telefon bimbit bagi merakamkan 'kemunculan' cendawan tersebut!

Ironinya, ia tidak tumbuh di kawasan tanah yang lembut di halaman rumah saya;  tetapi di kawasan tanah yang keras dan kering.  Ini berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.  Mungkin komuniti anai-anai tersebut telah berpindah dari tanah basah ke tanah kering.

Menurut Emak, proses mencabut cendawan ini dari permukaan tanah juga ada seninya.

1.  Berselawat dan bacaan Bismillah
2.  Menyebut perkataan "Lut, lut, lut" sambil menggoyangkan cendawan kekiri dan kanan, justeru mencabut cendawan dari permukaan tanah

Kalau bernasib baik, ia akan tercabut dengan mudah sehingga ke bahagian yang paling bawah.  Kalau tidak, ia akan patah.



Dan ini adalah hasilnya setelah bersusah-payah mencabutnya dari permukaan tanah yang keras.  Hanya cabutan yang pertama sahaja yang berjaya, yang lainnya...hmmm..rugi.  (Mungkin kerana cabutan pertama itu dilakukan dengan ikhlas dan cabutan yang seterusnya di iringi perasaan riak dan bangga, seterusnya marah dan geram...seterusnya rasa seperti hendak digali tanah tersebut..seterusnya rasa seperti hendak memanggil Encik Wong- pemilik jengkaut untuk mengorek keseluruhan tanah..heheheh).







Comments

Popular posts from this blog

D'Kok Eco Camp

Pohon Pine Cypress

Hello 2017!