UPSR & Me

Assalamualaikum w.b.t

Salam hormat dan ceria!

Walaupun saya secara amnya berkeadaan sibuk (dan sibut), namun masih mencari ruang untuk menulis di ruangan ini kerana telah menyimpan azam yang jitu untuk mengaktifkan semula belog ini.
Juga berazam untuk memuat-naik gambar-gambar yang berkaitan supaya tidak kelihatan mendung dan membosankan..(hanya gambar anak-anak yang ada dalam koleksi) :p

Hari ini keputusan UPSR telahpun di umumkan dan itu adalah antara sebab ruang di dalam bangunan kawasan pejabat saya ini dipenuhi oleh orang ramai. (Semalam juga, tetapi kerana ada jualan murah di outlet tudung D'Haja-dan saya juga terlibat dalam mengimarahkan lagi acara...) hehehe

Teringat akan pengalaman pertama saya lebih kurang 24 tahun yang lalu (err...abaikan angka itu kerana tidak mahu mengaku sudah senior :p ) ketika saya juga menduduki peperiksaan berkenaan di sekolah rendah di kampung kelahiran saya.  Saya juga begitu teruja dan berdebar menantikan detik-detik keputusan di umumkan oleh guru di sekolah ketika itu.

Tidak menaruh harapan yang tinggi untuk mendapat keputusan cemerlang berikutan keputusan peperiksaan percubaan yang tidak menunjukkan saya akan pergi jauh ke sekolah berasrama penuh milik kerajaan.  Namun, kini saya berfikir dan percaya akan doa Ayah dan Emak yang terlalu inginkan anaknya yang seorang ini memasuki sekolah gomen, seperti Bang Cik.  

Hampir setiap hari kata-kata semangat dari Ayah kepada saya supaya belajar dengan rajin untuk melayakkan diri ke sekolah berkenaan-walau hakikatnya di awal usia 12 tahun saya tidak ada ide, apakah jenis sekolah berkenaan yang membuatkan Ayah begitu obses untuk melihat saya ke sana.  Sehingga ketika dan selepas keputusan UPSR itu diumumkan juga, saya enggan menerima tawaran ke sekolah lain kerana begitu yakin akan ditawarkan ke sekolah yang Ayah suka itu!

..dan kini saya tahu mengapa..

Kerana Allah S.W.T telah memakbulkan doa Ayah untuk harapannya itu, bersama dengan harapan yang ditanam untuk Arwah Adik juga..

(Mujur juga saya diterima di sekolah itu, kalau tidak..mungkin sekarang saya tidak mempunyai sijil SPM juga!)

...maka, satu kampung dijemput menghadiri kenduri kesyukuran di atas kejayaan saya itu serta ramailah yang menawarkan diri untuk menghantar saya ke sekolah tersebut! ;p Terasa seperti selebriti pula!

Juga berhadapan dengan cakap-cakap belakang yang mengatakan bahawa Ayah dengan kegigihannya yang luar biasa-memanjat tangga Kementerian Pelajaran untuk membolehkan anak-anaknya layak memasuki SBP! (..juga berdasarkan publisiti yang diperolehi daripada acara kenduri tersebut!..) Betul, kedengaran seperti selebriti bukan?

Oh!  Apa sahaja yang bisa Ayah buat untuk kami?  
Ayah tidak pernah keluar dari daerah kami, jauh dari poskod kawasan kami hanya kerana ingin merayu pegawai-pegawai tinggi di kementerian - supaya anak-anaknya mendapat keistimewaan tanpa perlu berusaha sendiri?

Ayah saya bukan seorang ahli politik.

Ayah juga bukan seorang pegawai tinggi kerajaan.

...Ayah hanya seorang Setiausaha JKKK di kampung ketika itu.

Walau Ayah bukan seperti yang disebutkan di atas - saya yakin, doanya selama ini di dengari Allah S.W.T..

...maka, di sinilah saya sekarang.

Insaf dengan apa yang saya lalui selama ini, saya juga telah menanam azam supaya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak saya.  Saya mahukan yang terbaik untuk mereka.  Saya ingin berdoa dan berkata yang baik-baik sahaja untuk mereka selagi nafas masih dihela.  

Contohnya, saya ingin Si Kakak menjadi seorang Marine Biologist dan Si Israq menjadi seorang Kontraktor Kelas A dan menangani projek jutaan billion ringgit dalam dan luar negara-walaupun Si Kakak takut berenang dan Si Israq hanya mahu berkepit di bawah ketiak Ibu..(ada kaitan ke?) :p

Walau hakikatnya, Si Kakak ingin menjadi Doktor Penyanyi (sila jangan di tanya apa maksudnya) dan Israq masih terlalu mentah untuk mengenal erti kehidupan-Ibu hanya melihat kecenderungannya yang suka akan jentolak dan lori..(atau mungkin Si Israq ingin mengambil alih pemilikan K*****a N******l?) Huh?? :p

Sebagai Ibu, memang doalah senjata untuk semua persiapan dalam mendidik mereka berjaya di dunia dan akhirat...



Jadi, anak-anak Ibu - bermulalah dengan Bismillah dan teruskanlah melangkah dengan yakin kerana Ibu sentiasa sulami usaha kalian dengan restu dan doa yang berpanjangan...Insha Allah..

Hingga ketemu lagi.













Comments

Popular posts from this blog

D'Kok Eco Camp

Hello 2017!

Pohon Pine Cypress