Agen 007(i)..kut..?


Agak lama juga saya perhatikan.
Dalam hati tertanya-tanya apakah ia benar ataupun cuma andaian saya sahaja.
Sudah agak lama saya tidak terfikir dan berfikir akan perkara ini.
Namun, pagi ini mulut terasa ringan untuk bertanya kepada Teacher di sekolah Kakak setelah anak saya sendiri membuka mulut dan bertanya:
"Ibu, kenapa rambut dia gotak..?" (botak)
(propa kan intro nya?) :p

Si Gotak yang dimaksudkan oleh Kakak ialah Si Tukang Kebun baru di sekolahnya.

Justeru, saya buka mata dan tiba-tiba jiwa ke-leman-an saya (wahhh..gitu) yang telah lama berkubur semenjak tidak bergaul dengan geng-geng leman, setelah siri CSI dibiarkan berhabuk di saluran AXN; mula bergerak dan berkeriuk dek kerana karat akibat bertahun tidak diselenggara. (Apa ni?) :p

Masakan tidak?

Cuba bayangkan dan fikirkan kaitan situasi dalam fail kes ini sekarang:
(ya, sila bayangkan muzik latar dari siri CSI juga)

1. Tukang kebun yang lama (..yang kurus seperti lidi, (maaf atas kata-kata ini) dan berperawakan tidak mesra alam dan tidak pun menyapa sesiapa di sekolah tersebut) - telah berhenti secara mendadak.

2. Tidak sampai seminggu, (agaknya; untuk menguatkan lagi kes..hahaha) pengganti baru kepada tukang kebun lama telah dengan pantasnya digantikan (err..sila buat alih bahasa dari immediately replaced..hehehe).

3. Tukang kebun yang baru berfigura seperti Awie, eh, bukan!.. err..seperti Van Damme..er..seperti Keith Foo (kut?) err..maksud saya-dia tidak kurus dan tidak pula bertubuh ketak-ketak seperti setiap petang menghadiri kelas di Celebrity Fitness di bawah kelolaan personal trainer yang dibayar beribu-ribu sebulan. (perlukah dinyatakan di sini?) :p

4. Dan tukang kebun itu bermuka ketat dan berambut..eh, berkepala botak! 
(ya, ia menakutkan anak-anak disekolah tersebut!) 
Maaf ye Encik Tukang Kebun 007, saya bukan berniat untuk membuatkan awak di berhentikan dari jawatan tersebut, tetapi ia memang benar, bukan? hohoho..


Jadi?

Patut atau tidak saya beranggapan bahawa Encik Tukang Kebun itu ialah Encik Leman 007 (sudah diperiksa, namanya bukan Leman..) hehehe

Mari kita tunggu, apakah yang akan berlaku selepas ini..
Adakah benar anggapan saya tersebut?
..jika benar, apa tujuan dia berada di situ?

..jeng..jeng..jeng..

Ketemu lagi dalam episod akan datang.





Comments

Popular posts from this blog

D'Kok Eco Camp

Hello 2017!

Pohon Pine Cypress