Pohon Pine Cypress

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.


Sedikit perkongsian dalam bacaan untuk saya kongsikan tentang pokok pine cypress.

"Menurut para saintis berkenaan kaum Hunza yang tinggal di kawasan pergunungan yang dikelilingi oleh pohon tersebut.
Lembah Hunza adalah sebuah kawasan yang terpencil di dunia.  Penduduknya pula mempunyai purata hidup terpanjang di antara seratus hingga seratus empat puluh tahun.
Di khabarkan bahawa kaum Hunza ini mendapat sumber air utama dari telaga dan juga mata air glasier.  Secara langsung, akar, daun, buah dan getah dari pokok pine cypress tersebut menjalar masuk dan jatuh ke dalam sumber air mereka tersebut-menjadikan ia sebati dengan sumber air tersebut.
Maka itulah, dikhabarkan juga ia antara rahsia usia panjang kaum Hunza tersebut.  
Wallahu 'alam.

Terfikir juga saya akan kesihatan orang-orang terdahulu.  Mereka minum dari air yang diperolehi dari perigi.  Ditapis secara semulajadi oleh akar pokok dan tanah.
Berbanding dengan kita hari ini, terlalu banyak meminum air yang dirawat.  Ditapis oleh pelbagai jenis penapis air yang dijual di pasaran.  

Mungkin itu juga menjawab persoalan yang selalu bertandang di minda saya ketika melalui jalan Bukit Putus - ramai orang beratur untuk menadah air dari bukit di sana! (Walaupun tiada pokok pine cypress di situ)


Gambar ihsan dari:
www.freemalaysiatoday.com


Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana mengkurniakan keajaiban alam semulajadi kepada setiap makhluk-Nya.
Subhanallah.

Comments

Popular posts from this blog

D'Kok Eco Camp

Hello 2017!