Romancinta - Haruslah Ia Menjadi Fenomena

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.

Umum masih memperkatakan tentang persembahan Anugerah Juara Lagu Ke-29 yang berlangsung malam tadi.  Dari laman sosial hinggalah ke sekolah Kakak.  Riuh-rendah mereka bercakap dan memainkan semula video persembahan tersebut di telefon bimbit masing-masing.  Tentulah bukan anak-anak yang melakukan semua itu :) 
Hebat betul penangan persembahan kumpulan itu bukan?

Tidak lain tidak bukan ialah persembahan yang di bawakan oleh Mojo bersama Caliph Busker iaitu lagu Romancinta.


Sungguh.  Saya juga terpana dan bergenang air mata bila menonton persembahan mereka tersebut.
Apatah lagi dengan soalan dari Kakak yang bertalu-talu bertanyakan kenapa mata mereka begitu dan berkali-kali menyapu air liur Israq yang melangut, melopong melihat ke kaca televisyen.

Maha Suci Allah s.w.t yang menjadikan makhluk-Nya dengan pelbagai rupa, bentuk, kejadian dan sifat.  
Setiap kejadian-Nya adalah anugerah dan Dia tidak kejam terhadap hamba-Nya.

Renungkan dengan akal yang waras betapa indahnya ciptaan Allah s.w.t.
Mereka tidak dikurniakan kesempurnaan pancaindera tetapi mereka ada kelebihan yang tersendiri yang mana tidak diperolehi oleh setiap insan yang sempurna.

Haruslah saudara Edry Abdul Halim berasa bangga dengan kebolehan penyanyi tersebut dan haruslah mereka juga bersyukur kerana bakat mereka dilihat oleh insan yang sepatutnya dan layak untuk menilai bakat mereka.

Saya bukanlah insan yang pakar akan bidang seni tetapi deria pendengaran yang dikurniakan Allah s.w.t kepada saya  ini tidak menipu.

Mereka memang hebat!


Sekian, dan ketemu lagi.

Comments

Popular posts from this blog

D'Kok Eco Camp

Hello 2017!

Langkah Keberanian