Senarai Bacaan Tahun 2015 - Di Januari

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.

Mari imarahkan tahun ini dengan bacaan dan menaikkan statistik pembacaan di Malaysia!
Hooray..!

01hb. Januari, 2015 : 
Kahwin 6 Bulan Aje?! oleh Anabella
Ulasan:
Bacaan ringan yang kadang-kadang bila difikirkan seperti tidak masuk akal.  Terlalu berlebihan wataknya.  Yang teramat kaya, teramat bijak, teramat handal dan segala yang 'ter' telah diterapkan di dalamnya.
Namun, ayat-ayatnya boleh dijadikan teladan dan membuat kita berfikir akan realiti kehidupan.
Rating:
B

02hb. Januari, 2015 :
Cintaku Tertinggal Di Korea oleh Ania Malna
Ulasan:
Juga bacaan yang ringan.  Tiada apa yang menarik melainkan kisah cinta terhalang yang akhirnya direstui oleh semua.  Hanya berlatarbelakangkan suasana di Korea itu sahaja yang ingin saya selami.  Walaubagaimanapun, tidak begitu memberi kesan - namun ia membuatkan saya menitiskan air mata juga kerana kasian akan watak utama tersebut.
Rating:
B

05hb. Januari, 2015 :
Alang Rebus Tak Empuk oleh Aimi Shabana
Bacaan yang sangat ringan, seringan bukunya.  Gaya bahasannya juga menyerlahkan lagi latarbelakang si penulis yang masih menuntut.  Tidak membaca habis kerana sudah boleh mengagak kesudahan yang klise.
Rating:
C

10hb. Januari, 2015 :
Cintaku Luruh Di Oxford oleh Noor Suraya & Imaen
(masih dalam bacaan)

Comments

Popular posts from this blog

D'Kok Eco Camp

Hello 2017!

Pohon Pine Cypress